Untuk pengetahuan anda, mini zoo Kuala Krai ini telah pun wujud sejak 24 Disember 1964 di atas tanah seluas 0.4 hektar dan kemudianya dipindahkan ke Bukit Banding, Jalan Kubang Lebur pada tahun 1989. Namun sekitar tahun 2005, Zoo Kuala Krai ini telah bertukar status kepada Taman Burung Kuala Krai sebelum ditamatkan operasinya pada tahun 2011 atas sebab-sebab tertentu.
Setelah sekian lama menyepi, kini ia kembali beroperasi dengan wajah baharu. Pembukaan semula mini zoo ini tercetus apabila pihak kerajaan menyedari kurangnya tempat pelancong menarik yang boleh dikujungi terutamanya di daerah Kuala Krai. Lokasi yang berkonsepkan eko-pelancongan ini telah menelan belanja kira-kira RM2.5 juta dan secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Selain itu, tempat rekreasi ini juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Pusat rekreasi ini terletak di lokasi yang agak strategik iaitu di Pekan Kuala Krai yang mana memiliki pelbagai kemudahan dari segi tempat penginapan, tempat makan dan sebagainya. Ianya akan menggalakkan lagi pelancongan domestik dan perkembangan ekonomi setempat.
- Alamat : Mini Zoo Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 09-966 6393
Waktu Operasi
- 9.30 am – 6 pm (Setiap Hari)
- Jumaat Tutup Dari 12.30 pm – 2.30 pm
Peta Ke Mini Zoo Kuala Krai
Harga Tiket Mini Zoo Kuala Krai
Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan untuk semua golongan. Pihak pengurusan ingin menjadikan zoo ini sebagai sebuah taman rekreasi keluarga yang sangat menyeronokkan dengan bayaran tiket masuk yang rendah dan berpatutan.
Bayaran Tiket
- Dewasa (13 tahun keatas) – RM10
- Kanak-kanak (3-12 tahun) – RM5
- Warga Emas – RM5
- OKU – PERCUMA
Tarikan di Mini Zoo Kuala Krai
Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Kuala Krai ini adalah seperti Kura-kura, Ular, Arnab, Kuda, Unta, Kerbau Albino, Landak dan banyak lagi. Selain dapat melihat haiwan-haiwan, anak anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan disini.
Dianggarkan terdapat lebih 50 spesis haiwan di sini yang terdiri daripadan haiwan jinak, haiwan liar, dan hidupan air. Mini zoo ini juga berkonsepkan ‘symbiotic pith’ yang bermaksud ‘Manusia dan Alam’ yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam satu pusat tumpuan rekreasi. Walaupun di sini tidaklah semegah zoo-zoo lain, tetapi ia sudah cukup untuk memberikan keterujaan dan keseronokan terutamanya bagi golongan kanak-kanak.
Dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan kemudahan, pasti akan menggembirakan mana-mana pengunjung yang datang ke sini. Ia juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan lokasi percutian di hujung minggu.
Selain tarikan haiwan hidup, terdapat juga mini aquaria yang menempatkan pelbagai jenis ikan air tawar. Terdapat juga sangkar burung yang besar berkonsepkan “free-flight” yang mana merupakan kaedah terbaik untuk memastikan kelangsungan hidup bagi spesies burung. Jadi, para pengunjung berpeluang menyaksikan burung-burung yang berwarna-warni bebas berterbangan di dalam suasana hutan tropika buatan ini.
Disini juga menyediakan kemudahan kedai cenderamata, tandas, kawasan parkir yang luas, cafe rimba, dan banyak lagi untuk keselesaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : The Acre By Farm Fresh, Selangor