Menara Taming Sari mula dibuka kepada orang ramai pada April 2008 dan merupakan satu-satunya menara berputar jenis gyro di Malaysia. Nama Taming Sari diilhamkan dari sebilah keris yang menurut mitos mempunyai kuasa sakti milik pahlawan lagenda Melaka iaitu Hang Tuah. Menara setinggi 110 meter ini dibina dengan teknologi canggih Switzerland yang dapat menyerap gempa berukuran 10 skala Richter dan mampu menampung 66 orang pengunjung dalam satu masa. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Menara yang berbentuk keris ini akan berpusing perlahan-lahan 360 darjah secara berterusan bagi membolehkan para pelancong menikmati permandangan sekitar Bandar Hilir dari atas. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda lawati.

Menara-Taming-Sari-Melaka-2

Cara Menuju Ke Menara Taming Sari

Menara Taming Sari terletak di daerah paling popular di Melaka iaitu Jalan Merdeka, Bandar Hilir. Ia hanya mengambil masa kira-kira 3 minit dari Dataran Pahlawan Megamall dan Kompleks membeli belah Mahkota Parade.

Bagi pelancong dari Kuala Lumpur, perjalanan mungkin mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar di EXIT 231 Ayer Keroh. Kadar tol dari plaza tol Sungai Besi ke plaza tol Ayer Keroh adalah RM12.87 sehala.

  • Alamat : Menara Taming Sari, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : +606 2881 100 / 2813 366

Waktu Operasi 

  • Isnin – Jumaat : 10 am – 11 pm
  • Sabtu, Ahad, & Cuti Umum : 9 am – 11 pm
Menara-Taming-Sari-Melaka-5

Harga Tiket Menara Taming Sari

Harga tiket yang ditawarkan sangat berbaloi dan berpatutan untuk setiap pengunjung. Tambahan pula, pemilik Mykad juga berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini bergantung pada terma dan syarat. Berikut adalah harga tiket semasa Menara Taming Sari ;

Bayaran Tiket

Warganegara

  • Dewasa – RM17
  • Kanak-kanak – RM11
  • Warga Emas – RM9
  • OKU – RM8
  • Mini Rider 3D – RM5

Harga Biasa

  • Dewasa – RM23
  • Kanak-kanak – RM15
  • Warga Emas – RM18
  • OKU – RM8
  • Mini Rider 3D – RM10

Tarikan di Menara Taming Sari

Bangunan tiket Menara Taming Sari dilengkapi dengan 5 gerai komersial seperti kafe, restoran dan kedai cenderahati bagi kemudahan para pelancong. Apa yang menarik, Menara Taming Sari ini dikelilingi oleh tempat-tempat bersejarah seperti Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka, Masjid Negeri dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat-tempat bersejarah disini telah tersenarai sebagai Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO).

Menara-Taming-Sari-Melaka-4
Menara-Taming-Sari-Melaka-7

Anda juga berpeluang melihat panorama indah Selat Melaka yang luang terbentang dan pembangunan bandaraya bersejarah yang pesat membangun sepanjang 7 minit berada di dalam menara. Permandangan ini dapat di lihat pada ketinggian 80 meter dan ia pasti menjadi kenangan yang manis dan sukar untuk dilupakan oleh setiap pengunjung. Untuk mengetahui tarikan menarik lain yang terdapat di Menara Taming Sari, sila layari website. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

Menara-Taming-Sari-Melaka-6

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Zoo Melaka & Night Safari, Melaka