Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah taman tema air dan resort terbaru di Ayer Keroh dan menjadi salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Kawasan persekitaran taman tema yang berkeluasan 360 hektar ini agak menarik kerana dikelilingi hutan tropika yang semulajadi. Secara tidak langsung, ia memberikan suasana yang tenang dan nyaman kepada setiap pengunjung untuk menikmati percutian mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik.
Melaka Wonderland adalah lokasi tarikan pelancongan terkini bagi pelancong tempatan dan luar negara. Ia turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka dan merupakan taman tema air yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, kelengkapan, dan tarikan permainan air yang bersesuaian bagi semua peringkat umur.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Taman tema air ini terletak di dalam kawasan Hang Tuah Jaya, MITC Ayer Keroh. Ia mula beroperasi sejak tahun 2010 dan sering mendapat kunjungan ramai pelancong terutamanya di musim cuti sekolah.
Untuk sampai ke destinasi, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) dan susur keluar di EXIT 231 Ayer Keroh. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit bergantung pada keadaan trafik semasa. Manakala kadar bayaran tol dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Ayer Keroh adalah RM15.70 sehala.
- Alamat : Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. - Google Maps : KLIK
- Hubungi : +606 – 231 3333 / 1119
Waktu Operasi
- Selasa – Jumaat : 11 am – 7 pm
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 am – 7 pm
- Isnin : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
Peta Ke Melaka Wonderland
Harga Tiket Melaka Wonderland
Bagi memudahkan para pengunjung, terdapat penjualan tiket secara online di portal rasmi Melaka Wonderland. Untuk menempah atau menyemak harga tiket, anda boleh klik di sini. Namun, pembelian tiket secara online @ e-tiket ini mesti dibeli 2 hari sebelum tarikh percutian. Anda juga boleh mendapatkan tiket kemasukan di kaunter tiket yang disediakan. Berikut adalah harga tiket semasa ;
Bayaran Tiket
Warganegara (Mykad)
- Dewasa – RM36
- Kanak – kanak – RM29
- Warga Emas – RM22.50
- OKU – RM22.50
Bukan Warganegara (Non – Mykad)
- Dewasa – RM47
- Kanak – kanak – RM40.50
- Warga Emas – RM25
- OKU – RM25
Sewa Tiub
- Deposit – RM5
- Sewa – RM20
Sewa Loker
- Deposit – RM5
- Sewa – RM25
Voucher & Promosi Harga Tiket
Terdapat beberapa portal dan website di internet yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke taman tema air ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket untuk mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Antaranya seperti ;
Info & Syarat
- Harga di atas termasuk Cukai Hiburan.
- Beli tiket di laman web rasmi untuk mendapatkan harga promosi
- Promosi Khas: Warganegara Singapura dapat menikmati harga hari minggu yang sama dengan pemegang MyKad.
- E-tiket mesti dibeli sekurang-kurangnya dua (02) hari sebelum tarikh lawatan.
- Kanak-kanak di bawah ketinggian 3 kaki, kemasukan adalah percuma.
- Menaiki bot pedal dan tiub hanya boleh memuatkan dua (02) orang dewasa.
- Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah akan disertai oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.
- Kanak-kanak mesti dapat duduk di kerusi bot sendiri. Pengguna tidak dibenarkan duduk di pangkuan orang lain.
- Pelawat dikehendaki membeli tiket untuk memasuki kawasan tasik.
Aktiviti Menarik di Melaka Wonderland
Taman tema air ini mempunyai 11 permainan menarik yang menjadi tumpuan utama para pelancong. Antaranya ialah Tornado Chaser (pertama di Malaysia), Lazy cum Crazy River, Big Wave Pool, Adventure Island dan banyak lagi. Tarikan eksklusif di Melaka Wonderland ini menjanjikan keseronokan tanpa limit serta menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan mendebarkan. Tarikan lain yang terdapat di Melaka Wonderland adalah seperti di bawah ;
1. Tornado Chaser
Pernah tertanya-tanya bagaimana rasanya hendak masuk ke Tornado? Datanglah ke Melaka Wonderland dan rasai sendiri pengalaman Tornado Chaser yang pertama di Malaysia. Penunggang akan dihantar berputar ke mangkuk gergasi dan kemudian turun melalui terowong gelap sebelum ke kolam pendaratan di bawah.
2. Kamikaze Racer
Permainan air ini sangat menyeronokkan dan sesuai untuk golongan dewasa. Ia merupakan gelongsor yang mempunyai 6 lorong di mana para pengunjung boleh berlumba meluncur dengan laju untuk sampai ke daratan.
3. 1 Big Wave Pool
1 Big Wave Pool merupakan sebuah kolam yang mempunyai ombak buatan seperti di pantai yang sebenar. Kawasan ini menjadi tumpuan ibu bapa untuk bersantai dan beristirehat sambil melihat anak-anak bermain air.
4. Adventure Island
Adventure Island adalah sebuah taman permainan air yang direka khas untuk golongan kanak-kanak. Terdapat 8 gelongsor air yang memiliki ketinggian yang berbeza. Ia pasti memberikan kepuasan dan keseronokan kepada anak-anak anda.
5. Aqua Bubbles
Ia merupakan permainan belon gergasi di mana pengunjung boleh memasuki ke dalam belon tersebut dan berjalan-jalan di atas air.
6. Dinosaur Park
Dinosaur Park ini dibuka pada 1 Mei 2012 dan menjadi salah satu tempat tumpuan para pengunjung. Ia menempatkan beberapa replika spesies dinosaur seperti Tyrannosaurus, Triceratops dan Omeisaurus. Para pengunjung terutamanya kanak-kanak pasti teruja dapat melihat dinosour dengan lebih dekat.
7. Crazy Water Slide
Pengunjung berpeluang merasai debaran dan keseronokkan meluncur di gelongsor air yang sangat laju.
8. Rexy Ride
Rexy Ride adalah salah satu permainan air yang mampu meningkatkan tahap adrenalin setiap pengunjung. Teriakan para pengunjung pasti kedengaran setiap kali menuruni gelongsor air yang penuh berliku dan mendebarkan ini.
9. Anaconda Twister
Para pengunjung akan dibawa arus air yang deras melalui gelongsor yang berpusing-pusing. Pengalaman ini pasti memberi keterujaan kepada setiap pelancong.
10. Lazy Cum Crazy River
Aktiviti ini sangat sesuai untuk berehat seketika setelah penat melakukan aktiviti-aktiviti yang mendebarkan. Anda berpeluang bersantai di atas pelampung menyusuri sungai sambil menikmati permandangan di sekitar Melaka Wonderland.
11. Lake Activity
Tarikan terbaru di Taman Tema Melaka Wonderland yang membolehkan para pengunjung memberi makanan kepada haiwan dan menikmati pemandangan tasik buatan manusia.
Tempat makan dan restoran turut disediakan bagi anda yang ingin menjamu selera setelah penat meluangkan masa di taman tema. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, sila layari website. Untuk pengetahuan anda juga, tiada tempat penginapan disediakan di dalam kawasan Melaka Wonderland. Anda boleh menempah hotel di sekitar Ayer Keroh.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : A’ Famosa Water Theme Park, Melaka