Masbro Hidden Village merupakan sebuah lokasi percutian rekreasi yang menawarkan suasana rimba yang mampu memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Penubuhan resort ini pada dasarnya bagi memberi pendedahan dan pengenalan kepada masyarakat yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor seperti berkhemah. Di Masbro Hidden Village ini, anda bukan sahaja berpeluang untuk menginap dan bermalam di dalam hutan, malah anda dapat merasai satu pengalaman alam sekitar yang indah dan menakjubkan yang pasti sukar untuk dilupakan. Kawasan ini juga turut tersenai sebagai salah satu tempat menarik di Perak yang wajib anda kunjungi.

Apa yang menarik, kawasan lembah Lenggong ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh (UNESCO) dan menjadikan ia tapak yang ke-4 diiktiraf di Malaysia. Ini disebabkan oleh penemuan-penemuan saintifik dan sejarah kehidupan manusia oleh penyelidik tempatan seperti rangka Perak Man dan Perak Women.

Masbro Hidden Village

Cara Menuju Ke Destinasi

Masbro Hidden Village sangat mudah diakses dan kawasannya tidak jauh dari Pekan Lenggong hanya 10 minit perjalanan menaiki kereta. Kemudahan jalan berturap juga agak sempurna dan sesuai untuk dilalui pelbagai jenis kenderaan.

  • Alamat  : TM Ladang Teh, 33400 Lenggong, Perak
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 012-3775005

Waktu Operasi 

  • Setiap Hari

Peta Ke Masbro Hidden Village

Masbro Hidden Village

Harga Tiket Masbro Hidden Village

Terdapat pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di sini. Resort ini juga turut menawarkan pakej penginapan yang bersesuaian mengikut jumlah pengujung dengan harga yang berpatutan. Terdapat 2 jenis penginapan yang disediakan iaitu chalet dan tapak perkhemahan.

Anda dikehendaki membuat bayaran penuh sebelum mendaftar masuk kerana pihak resort tidak menerima wang tunai di resort. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, anda hendaklah memaklumkan kepada pihak resort dengan segera sekiranya anda membuat pembayaran menggunakan nama lain daripada nama tempahan anda.

1. Chalet

– Kadar Harga: RM 50.00 setiap seorang (satu malam), tidak termasuk pakej makan.
– Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
– Semua chalet adalah berukuran sama.
– Peruntukan chalet adalah berdasarkan kepada pendaftaran terawal – “siapa cepat, dia dapat!”.
– Sila bawa beg tidur, bantal, selimut dan peralatan mandi untuk keselesaan anda.
– Permaidani, kipas dan suis elektrik disediakan di dalam chalet.
– Satu chalet boleh memuatkan :

  • 2 pasangan
  • 6 ahli keluarga
  • sekumpulan rakan, antara 5-6 orang

-Memasak dibenarkan di luar chalet. Anda dinasihatkan untuk membawa semua peralatan dan barangan memasak anda sendiri.

2. Perkhemahan

– Kadar Harga: RM30.00 setiap seorang (satu malam)
– Percuma untuk kanak-kanak di bawah 4 tahun.
– Memasang khemah hanya di kawasan yang disediakan sahaja.
– Sila bawa khemah dan peralatan perkhemahan anda sendiri.
– Anda juga boleh membawa tempat tidur gantung (hammocks) dan menggantungkannya di tempat yang disediakan.

Masbro Hidden Village
Masbro Hidden Village

Aktiviti Menarik di Masbro Hidden Village

Untuk pengetahuan anda, resort ini terletak di dalam dusun durian dan kawasannya agak tersorok dan tersembunyi. Persekitarannya agak nyaman dan tenang diselimuti rimbunan tumbuhan yang menghijau. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini antaranya ; 

  • mandi kolam atau sungai
  • memancing
  • menjala
  • BBQ
  • sesi fotografi
  • hiking
  • mountain bike

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan di Masbro Hidden Village bagi keselesaan para pengunjung seperti surau, tandas, kawasan parkir kenderaan yang luas, bilik mandi dan Embun Cafe. Embun Cafe dibuka setiap hari dan menu ala-carte disediakan. Pesanan untuk makanan buffet hendaklah dibuat bersama tempahan chalet atau semasa daftar masuk ;

  • Sarapan – RM6/seorang
  • Makan Tengahari – RM12/seorang
  • Makan Malam – RM12/seorang

Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda bersama orang tersayang. Dengan harga yang berpatutan serta kawasan penginapan yang menarik, sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Denai Kabus, Gerik Perak

error: Content is protected !!