LEGOLAND® Malaysia Resort menggabungkan LEGOLAND Theme Park, Water Park, Sea Life, dan Hotel di dalam satu lokasi bertemakan LEGO®. Ia adalah destinasi percutian keluarga yang ideal dengan lebih daripada 70 permainan menarik, persembahan, dan tarikan yang menawarkan pengembaraan, pendidikan dan keseronokan untuk perjalanan sehari penuh atau destinasi percutian yang singkat. LEGOLAND Malaysia Resort juga direka khas untuk keluarga dengan kanak-kanak yang berusia 2-12 tahun. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Asia dan yang terbesar di dunia. LEGOLAND Resorts yang lain terletak di Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Denmark, Jerman, Amerika Syarikat, dan United Kingdom.

LEGOLAND Malaysia Resort dibina di dalam kawasan seluas 50 padang bola sepak saiz penuh dan mengandungi lebih daripada 15,000 model LEGO yang dibuat daripada 60 juta bata LEGO. Ia pasti memberikan pengalaman berbeza kepada setiap pengunjung bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa juga. Alang-alang berada di negeri harimau selatan ini, anda juga boleh melawat beberapa tempat menarik di Johor bagi mengisi waktu cuti yang terluang.

LEGOLAND
Sumber : dreamstime

Cara Menuju Ke Destinasi

Legoland Malaysia terletak di salah sebuah daerah di negeri Johor iaitu Nusajaya. Faktor utama Nusajaya dipilih menjadi lokasi taman tema ini adalah kerana pembangunannya yang pesat dan kian membangun. Untuk ke destinasi percutian ini tidaklah begitu rumit. Jika dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu melalui Lebuhraya PLUS menuju ke selatan dan kemudian menggunakan Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura. Seterusnya melalui Lebuhraya Nusajaya untuk menuju ke LEGOLAND Malaysia Resort.

Oleh kerana ia merupakan lokasi percutian yang bertaraf antarabangsa, terdapat banyak papan tanda legoland di jalan Nusajaya yang akan memudahkan perjalanan anda untuk sampai ke destinasi.

  • Alamat : No 7, Jalan Legoland, Bandar Medini, 79250 Nusajaya, Johor.
  • Google MapsKLIK
  • Hubungi : 07-5978888

Waktu Operasi

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Peta ke Lokasi

LEGOLAND

Harga Tiket LEGOLAND

Harga tiket taman tema LEGOLAND ini memang agak mahal sedikit berbanding taman tema yang lain tetapi ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi kerana mempunyai pelbagai tarikan menarik dan aktiviti yang menyeronokkan. LEGOLAND Malaysia terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu LEGOLAND Theme Park, LEGOLAND Water Park, dan Sea Life. Harga tiket setiap taman tema ini dijual secara berasingan. Untuk lebih menjimatkan, anda boleh memilih pakej combo yang ditawarkan oleh pihak pengurusan dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menarik, pemegang Mykad berpeluang memiliki pas tahunan di mana boleh akses ke taman LEGOLAND selama 365 hari dengan harga tiket kemasukan harian. Untuk maklumat lanjut, sila layari website

Bayaran Tiket

1-Day Theme Park (Theme Park Sahaja)

  • Dewasa – RM231
  • Kanak-kanak – RM185
  • Warga Emas – RM185

1-Day Water Park (Water Park Sahaja)

  • Dewasa – RM157
  • Kanak-kanak – RM128
  • Warga Emas – RM128

1-Day Sea Life (Sea Life Sahaja)

  • Dewasa – RM95
  • Kanak-kanak – RM74
  • Warga Emas – RM74

1-Day Combo (Theme Park + Sea Life)

  • Dewasa – RM278
  • Kanak-kanak – RM221
  • Warga Emas – RM221

1-Day Combo Tiket (Theme Park + Water Park + Sea Life)

  • Dewasa – RM313
  • Kanak-kanak – RM250
  • Warga Emas – RM250

Anda disarankan untuk membeli tiket secara dalam talian @ online bagi melancarkan urusan kemasukan ke dalam LEGOLAND. Sila cetak dan pamerkan e-tiket anda untuk mengelak dari beratur panjang di kaunter. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai tawaran istimewa dan harga promosi, KLIK di sini.

Voucher & Promosi Harga Tiket

Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

  1. www.klook.com
  2. tripcarte.asia

Aktiviti Menarik di LEGOLAND

Seperti yang anda tahu, LEGOLAND mempunyai 3 bahagian taman tema yang menarik iaitu Theme Park, Water Park, dan Sea Life. Bayangkan anda menjadi ksatria melawan naga yang terbang di langit atau lanun meredah lautan mencari harta karun yang hilang. Bayangkan anda sebagai seorang anggota bomba yang memadamkan kebakaran atau pelumba yang memandu laju lebuh raya. Kesemua imaginasi itu akan menjadi nyata di LEGOLAND® Malaysia Resort. Segala aktiviti dan tarikan di sini sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak dari semua peringkat umur.

LEGOLAND Theme Park

Terdapat beberapa tarikan di dalam LEGOLAND Theme Park yang pasti membuatkan anda teruja setelah menjejak masuk kedalamnya. Antara tarikan tersebut adalah ;

1.The Beginning

The Beginning adalah permulaan bagi segala-galanya. Di sinilah anda mendapat tiket masuk dan pas tahunan. Anda akan dilayan dengan mesra oleh staf LEGOLAND yang akan menjawab sebarang pertanyaan dari anda.

LEGOLAND

2. LEGO NINJAGO WORLD

Cuba untuk menjadi Master Spinjitzu dan hadapi segala ujian yang datang. Sertai pahlawan NINJAGO ™ dan mengalahkan Great Devourer dalam perjalanan 4D paling hebat di Asia. Kawal unsur-unsur api, tanah, kilat, dan ais dengan hanya tangan anda.

LEGOLAND

3. Miniland

Miniland adalah miniatur yang memaparkan mercu tanda ikon di Asia. Ia merupakan karya hebat yang dibina menggunakan kira-kira 30 juta bata LEGO® yang mempamerkan tarikan terkenal dari 17 negara Asia seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Merlion Singapura, Taj Mahal India dan juga tanda unik Johor.

LEGOLAND

4. Imagination

Ia adalah tempat movie, magic, dan muzik yang diinspirasikan dari DUPLO. Terdapat pelbagai permainan yang sesuai untuk kanak-kanak meneroka benda baru seperti Build & Test, DUPLO Express, DUPLO Playtown, Kids Power Tour, LEGO Studios, Observation Tower, dan Pizza Mania.

LEGOLAND

5. LEGO TECHNIC

Bersiap sedia untuk tunggangan aksi yang hebat dengan menaiki Speedsters. Terdapat juga bengkel LEGO untuk kanak-kanak menguji kemahiran masing-masing.

6. LEGO KINGDOMS

Anda berpeluang menjadi Raja di sebuah negara sendiri setelah melintasi jambatan dan masuk ke istana yang megah. Hadapi situasi cerita dongeng di mana terdapat legenda naga yang menakutkan dan ksatria yang sangat berani.

7. Land Of Adventure

Pengembaraan ke dunia zaman purba iaitu zaman Firaun dan Dinasour yang sangat mendebarkan.

8. LEGO CITY

Ia adalah sebuah kawasan permainan di mana kanak-kanak dapat melakukan aktiviti golongan dewasa seperti memandu kereta lego, mengemudi bot, memiliki lesen kenderaan, menjadi juruterbang, menyertai akademi penyelamat, dan banyak lagi.

LEGOLAND Water Park

Bersedia untuk “aqua-tastic” dan bersuka-ria di Water Park. Imbangi badan anda di atas papan luncur dan harungi gelombang di LEGO® wave pool. Rasai debaran menuruni gelongsor air yang mencabar dengan kelajuan yang tinggi. Tarikan lain yang terdapat di LEGOLAND Water Park adalah ;

  1. Beach Grill
  2. Brick Blaster
  3. Brick Cafe
  4. Built-A-Boat
  5. Built-A-Raft-River
  6. DUPLO Splash Safari
  7. Imagination Station
  8. Joker Soaker
  9. LEGO Slide Racer
  10. LEGO Wave Pool
  11. Red Rush
  12. Splash & Swirl
  13. Surf Shop
  14. Tidal Tube
  15. Twin Chasers
  16. Wave Rider

Sea Life Malaysia

SEA LIFE Malaysia adalah tarikan terbaru di LEGOLAND bertujuan untuk memberi pendedahan dan inspirasi kepada anak-anak untuk belajar, mencintai dan merawat hidupan laut menerusi penyampaian cerita yang menarik dan pendidikan yang interaktif. Kanak-kanak berpeluang melihat dan mengenal hidupan laut dengan lebih dekat di bahagian Sea Creatures. Selain itu, anda boleh menerokai underwater world di Aquarium Zone bersama anak-anak di mana terdapat 11 zon unik dan berlainan tema. Antaranya adalah ;

  • Shoaling Ring
  • Rockpool
  • Malaysian Rainforest
  • Seahorse Nursery
  • Stingray Bay
  • Coral Reef
  • Amazing Creation
  • Jellies
  • Sunken Shipwreck
  • Ocean Tunnel
  • Ocean Cave

Kemudahan di LEGOLAND

Pelbagai kemudahan disediakan di LEGOLAND Malaysia Resort bagi keselesaan para pengunjung termasuklah restoran dan hotel penginapan yang bertaraf antarabangsa.

LEGOLAND® Hotel merupakan salah satu destinasi utama untuk para pelancong. Setiap penginapan di sini pasti memberi kenangan manis kepada anda dan tidak dapat dilupakan oleh seluruh keluarga. Hotel ini penuh dengan kehebatan LEGO dan kelengkapan untuk para tetamu yang mempunyai pelbagai keperluan. Untuk penginapan yang benar-benar menakjubkan, LEGOLAND Hotel menawarkan pakej taman tema secara eksklusif untuk tetamu hotel, serta pilihan tempat makan yang menarik. Anda juga berpeluang menginap di hotel yang bertemakan Pirate, Kingdom, Ninjago, dan Adventure.

  • Semua bilik Deluxe dan Suite boleh menampung sehingga 8 orang (Maksimum 4 Dewasa per bilik).
  • Semua bilik Standard dan Premium boleh menampung sehingga 5 orang. (Maksimum 3 Dewasa setiap bilik).
  • Untuk menempah bilik atau menyemak harga, boleh layari website.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Bangi Wonderland Theme Park Resort

error: Content is protected !!