Negeri Terengganu sangat terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan yang menarik di Malaysia. Bukan sahaja mempunyai pantai – pantai dan pulau – pulau yang cantik, di sini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi yang sangat memukau untuk dikunjungi antaranya ialah Lata Kolam Air Deru Ecopark yang kian popular dan tular di media sosial.

Keindahan dan kecantikan panorama di Lata Kolam Air Deru Ecopark sangat menakjubkan. Ia bukan sahaja menjadi lokasi percutian rekreasi bagi pengunjung tempatan, malah turut mendapat perhatian daripada pelancong luar negara. Dengan berlatar belakangkan tumbuhan hijau yang segar, deruan air sungai yang mengalir serta siulan burung-burung pasti memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Jadi, destinasi ini boleh disenaraikan sebagai salah satu tempat menarik di Terengganu yang mesti anda kunjungi.

Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-15
Sumber : AirDeruEcopark

Cara Menuju Ke Lata Kolam Air Deru Ecopark

Kawasan rekreasi ini terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu yang juga merupakan salah satu hutan simpan terbesar di Malaysia. Perjalanan anda akan melalui Kampung Batu 13 dan ia laluan yang sama untuk ke Kolam Air Panas La yang terletak hanya kira-kira 2 kilometer dari sini. Jarak dari Pusat bandar Kuala Besut pula adalah 36 km manakala dari Lapangan terbang Sultan Mahmud sejauh 66 km. Jadi, kawasan ini sangat sesuai untuk pencinta alam semulajadi kerana ia jauh dari kesibukan kota.

  • Alamat : 5048B, Jalan Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Terengganu
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 019-693 1662

Waktu Operasi 

  • 9 am – 6.30 pm (Setiap Hari)
Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-18
Sumber : AirDeruEcopark
Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-2
Sumber : libur.com.my

Harga Tiket Lata Kolam Air Deru Ecopark

Apa yang menarik, para pengunjung berpeluang untuk bermalam ni kawasan rekreasi ini. Terdapat beberapa jenis tempat penginapan ditawarkan antaranya seperti tube lodge, cabin dorm, glamping, hammock dan juga tapak perkhemahan.

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM2
  • Kanak-kanak – PERCUMA
  • Tapak Khemah – RM5/ semalam
Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-3
Sumber : libur.com.my
Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-5
Sumber : libur.com.my

Aktiviti Menarik di Lata Kolam Air Deru Ecopark

Permandangan di kawasan persekitaran lata ini sangat indah dan menakjubkan. Aliran air sungai yang sejuk dan jernih kehijauan ini pasti memberi keterujaan kepada setiap pengunjung. Air sungai di Lata Kolam ini mempunyai 3 fasa iaitu Pengkalan Raja, Pengkalan Suri, dan Pengkalan Dua. Tetapi hanya Pengkalan Suri dan Pengkalan Dua sahaja dibuka untuk aktiviti mandi manda bagi menjaga keselamatan  serta menghindari para pengunjung daripada mandi di kawasan arus yang deras.

Suasana yang redup di kelilingi dedaun yang rimbun sememangnya akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada setiap pengunjung. Kawasan mandi di tempat perkelahan juga sangat mesra kanak-kanak kerana terdapat kawasan air sungai yang cetek dan tenang

Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar pula, terdapat pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan  tahap adrenalin anda antaranya seperti ;

  • ATV Adventure
  • Jungle Trekking
  • Flying Fox & Abseiling
  • Water Rafting
  • River Crossing
  • Water Confident 
  • Survival Programs
  • Obstacle Course
  • Combat Archery
  • War Game
  • Night Walk 
  • Mountain Bike
  • Orientering Challenge
  • Explorace
    Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-4
    Sumber : libur.com.my
    Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-13
    Sumber : AirDeruEcopark
    Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-12
    Sumber : AirDeruEcopark

    Kemudahan asas juga disediakan di bahagian pintu masuk bagi keselesaan para pengunjung. Antaranya seperti ;

    • Tandas
    • Plug point (RM10/Sehari)
    • BBQ Pit
    • Dapur & Sinki
    • Kawasan Parkir Kenderaan yang berdekatan
    • Surau
    • Elektrik
    • Line Coverage
    • Pengawal Keselamatan
    Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-6
    Sumber : libur.com.my
    Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-17
    Sumber : AirDeruEcopark
    Lata-Kolam-Air-Deru-Ecopark-11
    Sumber : AirDeruEcopark

    Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda bersama orang tersayang. Dengan suasana yang tenang dan damai sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

    LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Cameron Highland, Pahang