
Air terjun Lata Hujan merupakan salah satu lokasi rekreasi dan perkelahan yang popular di negeri Kelantan khususnya di daerah Tanah Merah. Ianya juga dikatakan lebih cantik dan menarik berbanding air terjun di kawasan lain kerana keindahan alam semulajadinya yang mampu memikat hati pelancong. Apa yang menarik, kawasan air terjun ini telah dibuka selepas merdeka iaitu pada tahun 1957. Nama Lata Hujan diambil sempena semburan (Piah) air terjun yang terkena pada penduduk sekitarnya. Kini, kawasan rekreasi ini telah menjadi tarikan utama sektor pelancongan bagi jajahan Tanah Merah dan tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan. Ramai pengunjung datang ke sini khususnya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Sambil mandi manda dan berkelah para pengunjung dapat menikmati panorama alam semulajadi yang sungguh tenang dan indah.
Cara Menuju Ke Destinasi
Air terjun Lata Hujan terletak di Kampung Gual Ipoh iaitu di dalam Hutan Simpan Ulu Kusial yang mana hanya 25 km dari Bandar Tanah Merah. Ianya menjadi destinasi tumpuan apabila tibanya musim cuti persekolahan kerana tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.
- Alamat : Jln Lata Hujan, 17500 Tanah Merah, Kelantan
- Google Maps : KLIK
Waktu OperasiĀ
- Dibuka Sepanjang Tahun

Aktiviti Menarik di Lata Hujan
Anda boleh jadikan tempat ini sebagai tempat berkelah sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup indah. Seperti di kawasan air terjun dan jeram yang lain, Lata Hujan menawarkan tempat mandi-manda yang menarik dan menyegarkan. Ini kerana keadaan air di sini sangat sejuk dan jernih. Dengan keindahan alam semulajadinya, pasti memberikan kepuasan dan keterujaan kepada setiap pengunjung yang datang. Di fahamkan juga Lata Hujan mempunyai batu fahana yang dikatakan oleh penduduk tempatan sebagai sebuah tempat gajah bermain setiap tahun.

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini seperti mandi-manda, berkelah, merentas hutan, BBQ, dan berkhemah. Selain itu bagi keselesaan para pengunjung, beberapa kelengkapan dan kemudahan awam telah disediakan seperti tandas awam, surau, wakaf rehat dan tapak perkhemahan.

Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda bersama orang tersayang. Dengan suasana yang tenang dan damai sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang