
Negeri Tok Gajah ini merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Semestinya terdapat banyak tempat menarik di Pahang yang boleh anda lawati antaranya Jengka Wonderland yang baru sahaja dibuka pada akhir tahun 2018. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa di kawasan felda juga terdapat sebuah taman tema yang menarik untuk dikunjung. Jengka Wonderland adalah taman air yang pertama dibina di rantau Felda.
Walaupun ia tidaklah setanding dengan taman tema lain yang terdapat di negara ini seperti Sunway Lagoon, namun ia sudah cukup untuk memberi keseronokan kepada anak-anak golongan peneroka dan pengunjung di daerah berdekatan. Selain itu, taman air ini mampu menjadi tarikan pelancongan baru di Jengka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Felda.

Cara Menuju Ke Destinasi
Terletak di antara tumbuh-tumbuhan yang subur serta dikelilingi tanaman kelapa sawit, taman air yang berkeluasan 1.2 hektar ini menawarkan suasana alam semulajadi yang segar kepada para pengunjung. Untuk sampai ke destinasi, anda boleh memandu kereta sendiri atau menaiki bas express dan turun di Terminal Bas Jengka Sentral. Perjalanan dengan kereta akan mengambil masa kira-kira 40 minit dari Plaza Tol Chenor.
- Alamat : PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang
- Google Maps : KLIK
Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 10.30 am – 7.30 pm
- Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah : 9 am – 7.30 pm
- Khamis : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah
Harga Tiket Jengka Wonderland
Bermula pada 5 April 2019, pihak pengurusan Jengka Wonderland telah menggunakan harga tiket kemasukan yang baru termasuk cukai hiburan sebanyak 25%. Walaupun berlaku perubahan pada harga tiket, pengunjung tidak perlu risau kerana ia masih berpatutan dan mampu milik oleh golongan.
Bayaran Tiket
- Dewasa – RM18
- Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) – RM15
- OKU & Warga Emas – RM10

Aktiviti Menarik di Jengka Wonderland
Taman air yang berkonsepkan seni bina bangunan Timur Tengah dan Rome ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Jengka Wonderland terbahagi kepada 5 bahagian kolam. Antaranya ialah ;
- Kolam pantai berombak kedalaman 5′
- Kolam dewasa/kanak2 gelongsor kedalaman 1.5′
- Kolam kanak2/baby gelongsor kedalaman 1.5′
- Kolam permainan bot kedalaman 1.5′
- Sungai sepanjang 500m kedalaman 4′


Elemen-elemen fantasi yang berwarna-warni turut diterapkan di taman air ini untuk kelihatan lebih ceria dan menarik minat kanak-kanak. Pengunjung juga boleh bermain paddle boat yang disediakan secara percuma.
Setelah penat bermain air, anda boleh menjamu selera dan berpeluang merasai masakan chef terkenal di cafe Jengka Wonderland. Apa yang menarik, taman air ini membenarkan para pengunjung untuk membawa makanan sendiri atau makanan dari luar ke dalam water park. Ia bagi mewujudkan suasana yang mesra dan memastikan pengunjung dapat berkelah serta mencipta kenangan manis bersama keluarga tercinta.


Pelbagai kemudahan asas disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Antaranya seperti 1000 unit tempat duduk, cafe, pelampung, tandas, surau, bilik persalinan, kiosk makanan, loker, gazebo dan Hobbits House. Gazebo dan Hobbits House ini sangat sesuai disewa bagi pengunjung yang datang dengan jumlah ahli keluarga yang ramai.
Bayaran Sewa
- Gazebo – RM40
- Hobbits House – RM65

Destinasi Jengka Wonderland menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda terutamanya warga Felda. Dengan harga yang berpatutan serta permainan yang menarik, sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Untuk maklumat lanjut, sila layari website.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Taman Air Darulmakmur Jerantut, Pahang
0 Comments