Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah sebuah tarikan pelancongan terbaru di negeri Kelantan terutamanya di daerah Dabong Kuala Krai. Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa. Lokasi JPREP juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga.

Suasana yang damai serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara. Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja. Selain itu, lokasi percutian ini juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.

Jelawang Pipe Resort

Cara Menuju Ke Destinasi

Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang dan seterusnya melalui Jalan Central Spine dan Jalan Sungai Sam-Jeli untuk sampai ke Jelawang Pipe Resort. Tempoh perjalanan mengambil masa kira-kira 4-5 jam bergantung pada keadaan trafik semasa. Walaupun kawasan Dabong tidak begitu membangun dengan pesat, tetapi kemudahan jalan raya di sini agak sempurna dan memuaskan.

  • Alamat : Kampung Sungai Batu Jelawang, Dabong 18200 Kuala Krai, Kelantan
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 014-8324363

Waktu Operasi 

  • 8 am – 7 pm (Setiap Hari)

Peta Ke Lokasi

Jelawang Pipe Resort

Harga Tiket Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Disebabkan kawasan rekreasi ini masih baru dan kurang dikenali, pelbagai kemudahan dan kelengkapan sedang giat diusahakan bagi menarik minat pelancong serta memberi keselesaan kepada setiap pengunjung. Pihak pengurusan juga berhasrat untuk memupuk cintakan alam sekitar dan menawarkan aktiviti yang sihat kepada kepada pengunjung.

Harga tiket kemasukan di kawasan rekreasi ini juga sangat berpatutan dan berbaloi manakala bayaran untuk setiap aktiviti pula berkonsepkan “Pay Per Ride”.

Bayaran Tiket

Tiket Kemasukan

  • Kereta – RM3
  • Motosikal – RM1

Berkhemah

  • Tapak Khemah – RM3/Seorang

Flying Fox/ Zipline

  • RM15/Seorang
  • Minima 5 Orang

Water Tubing

  • RM60/Seorang
  • Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

Via Ferrata

  • RM75/Seorang
  • Minima 3 Orang, 15 Orang, dan Keatas
  • Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

Waterfall Hiking

  • RM25/Seorang
  • Minima 5 Orang

Caving 

  • RM20/Seorang
  • Minima 5 Orang

Single Tube Room

  • RM60/Malam
  • Sesuai Untuk 2 Orang Dewasa
  • 1 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi

Double Tube Room

  • RM100/Malam
  • Sesuai Untuk 4 Orang Dewasa
  • 2 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi

Triple Tube Room

  • RM170/Malam
  • Sesuai Untuk 6 Orang Dewasa
  • 3 Katil Queen
  • Termasuk Sarapan Pagi
  • Tandas Persendirian
  • Tempat BBQ
Jelawang Pipe Resort

Aktiviti Menarik di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Lokasi percutian yang berhampiran hutan tropika dan kawasan air terjun ini menjadikan ia sangat menarik untuk diterokai. Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, lokasi Jelawang Pipe Resort & Extreme Park mesti tertulis di dalam senarai percutian anda. Antara aktiviti menarik yang menanti para pengunjung adalah ;

  • Berkelah
  • Mandi Sungai
  • Berkhemah
  • Flying Fox/ Zipline
  • Water Tubing
  • Via Ferrata
  • Waterfall Hiking
  • Caving
  • Abseiling
  • Rock Climbing
  • Paragliding
Jelawang Pipe Resort
Jelawang Pipe Resort
Mandi-manda Air Terjun
Rock Climbing
Via Ferrata
Caving
Water Tubing

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai perkhidmatan dan aktiviti menarik di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, sila layari website.

Kemudahan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Antara kemudahan asas yang terdapat di kawasan rekreasi ini seperti ;

  • 5 unit bilik Single Tube
  • 2 unit bilik Double
  • 2 unit Bilik Triple
  • Tandas awam
  • Surau
  • Kafeteria
  • Kawasan Parkir
  • Jurupandu Arah
  • Tapak Perkhemahan
  • Tempat BBQ

Ini bagi memastikan keperluan dan keselesaan para pengunjung terjaga setiap waktu. Dengan adanya kawasan rekreasi yang baru di daerah Dabong ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi penduduk setempat dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada belia kawasan setempat.


Untuk mengisi waktu cuti anda sekeluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan, destinasi Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah pilihan yang tepat sebagai lokasi percutian anda. Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Lata Keding Bukit Kudung, Kelantan

error: Content is protected !!