Bagi penggemar daging itik dan masakan tradisional Negeri Sembilan, Restoran Itik Salai Masthar sedia menanti kunjungan anda dengan pelbagai jenis menu dan lauk pauk yang sedap lagi menyelerakan. Menu utama yang menjadi tarikan para pengunjung di sini adalah gulai masak lemak cili padi. Restoran ini mempunyai beberapa buah cawangan di Sungai Ramal Luar, Cheras, Shah Alam, dan paling terbaru di Sungai Merab.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)

Cawangan Itik Salai Masthar

Itik Salai Masthar, Sungai Ramal Dalam

  • Medan Selera Adikku, Itik Salai Masthar, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
  • Waktu Operasi 11 am – 10 pm (Setiap Hari)

Itik Salai Masthar, Sungai Merab 

  • Lot 20833, Jalan Hj Yusoff, Kg Sg Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
  • Waktu Operasi 11 am – 10 pm (Setiap Hari)

Itik Salai Masthar, Cheras

  • TJ Garden, Jalan Jaya 7, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur (Berhampiran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia HUKM)
  • Waktu Operasi 11 am – 4 pm (Isnin – Khamis)
  • Jumaat TUTUP

Itik Salai Masthar, Shah Alam

  • Rascabin Food Station, Itik Salai Masthar, Taman Tasik Barat, Persiaran Dato Menteri, 40100 Shah Alam
  • Waktu Operasi 11 am – 12 am (Setiap Hari)
itik salai masthar

Kawasan parking restoran ini juga agak luas dan mencukupi untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kedai makan ini dibuka pada jam 8 pagi setiap hari tetapi untuk menu itik salai hanya bermula pada jam 11 pagi hingga 10 malam. Aroma itik salai dan masak lemak cili api ini pasti membuatkan anda terasa lapar serta merta kerana ia dibakar menggunakan tempurung kepala yang akan menghasilkan bau yang sangat unik.

itik salai masthar

Kebiasaannya itik gantung ini hanya dapat dilihat di kedai-kedai makan Cina sahaja. Di restoran ini anda berpeluang melihat itik-itik ini digantung untuk disalai. Tidak perlu khuatir kerana restoran ini diusahakan oleh orang Islam dan 100% halal. Daging itik yang disalai selama 2 jam mempunyai bau yang unik dan memiliki aroma yang tersendiri tidak sama seperti di panggang atau digoreng. Kulit bahagian luar itik yang disalai akan berwarna keemasan dan rangup. Manakala daging bahagian dalam pula sangat empuk dan harum.

Menu Menarik

Semestinya menu itik salai masak lemak cili api menjadi pilihan dan kegemaran para pelanggan yang datang ke sini. Dengan ramuan dan campuran rempah ratus yang sempurna, menu ini sangat sesuai di makan bersama nasi putih berserta ulam-ulaman kampung yang mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggan.

itik salai masthar
itik salai masthar

Terdapat juga pilihan lauk lain untuk gulai masak lemak cili padi seperti daging, ayam, puyuh, dan ikan keli. Jadi, pelanggan yang bukan penggemar daging itik juga berpeluang merasai masakan tradisional Negeri Sembilan ini. Selain daripada menikmati masak lemak cili padi, bagi anda yang tidak suka masakan pedas, terdapat juga hidangan lain yang boleh dinikmati antaranya nasi lemak, nasi ayam, asam pedas, char kueh tiaw, sate Willy, lemang, rendang, dan banyak lagi.

Dari segi minuman pula, disini menyediakan pelbagai jenis minuman bermula dari air kosong hinggalah jus buah-buahan yang segar dan sedap. Air kosong yang disediakan adalah percuma. Setelah selesai menjamu selera dengan juadah yang lazat, anda boleh menikmati aiskrim Malaysia sebagai pencuci mulut yang terdiri daripada pelbagai perisa. Aiskrim ini sering menjadi perhatian terutamanya golongan kanak-kanak.

Jadi, pastikan Restoran Itik Salai Masthar Sungai Merab ini menjadi salah satu lokasi makan-makan yang mesti anda kunjungi. Untuk maklumat lanjut, sila KLIK


5 Comments

mikeel88 · September 19, 2019 at 6:30 am

marbeles…terbaik menu menu sini..rugi sape belum cuba

    Lokasi Percutian · September 19, 2019 at 6:41 am

    bagi penggemar itik salai, restoran ini wajib dikunjungi

Manan abdul rahman · May 3, 2020 at 8:01 am

Ada phone no.nak call bg ssya. Tq

    Lokasi Percutian · May 4, 2020 at 3:17 pm

    xperlu call tuan..hanya pergi ke restoran mengikut waze..masakan salai bermula pada jam 11 pagi

Manan abdul rahman · May 3, 2020 at 8:01 am

Nak try rasanya.

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!