Negeri Sembilan bukanlah sebuah negeri yang besar tetapi mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik di sini. Antaranya adalah kawasan rekreasi yang sangat memukau untuk dikunjungi iaitu Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak di Hutan Simpan Angsi, Kuala Pilah. Puncak Gunung Angsi merupakan tarikan utama di kawasan rekreasi ini dengan ketinggian 825 meter atau 2,702 kaki dengan jarak laluan dari Bukit Putus ke Taman Eko-Rimba Ulu Bendul sejauh 8.89km. Dengan berlatar belakangkan tumbuhan hijau yang segar, deruan air sungai yang mengalir serta siulan burung-burung pasti memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Jadi, destinasi ini boleh disenaraikan sebagai salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang mesti anda kunjungi.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Hutan ini terletak di KM 20 Jalan Seremban – Kuala Pilah dalam kawasan Hutan Simpan. Jaraknya lebih kurang 20 minit dari bandar Seremban. Jadi, kawasan ini sangat sesuai untuk pencinta alam semulajadi kerana ia jauh dari kesibukan kota.
- Alamat : Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan Darul Khusus.
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 06-4888950
Waktu Operasi
7 am – 6 pm (Setiap Hari)
Peta Ke Hutan Lipur Ulu Bendul
Harga Tiket Hutan Lipur Ulu Bendul
Untuk aktiviti mandi manda di sungai, tiada bayaran dikenakan. Masuk adalah percuma. Apa yang menarik, para pengunjung berpeluang untuk bermalam di kawasan rekreasi ini. Terdapat lebih kurang 50 unit tapak perkhemahan untuk disewakan kepada pengunjung yang berkapasiti 500 orang.
Bayaran Tiket
- Sewa Tapak Perkhemahan – RM10
Aktiviti Menarik di Hutan Lipur Ulu Bendul
Permandangan di kawasan persekitaran hutan lipur ini sangat indah dan menakjubkan. Aliran air sungai yang sejuk dan jernih kehijauan ini pasti memberi keterujaan kepada setiap pengunjung. Kepelbagaian rupa bumi di Gunung Angsi melalui proses luluhawa dan hakisan yang terkawal menyebabkan gunung ini mempunyai landskap yang menarik seperti sungai, jeram dan air terjun yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini.
Landskap semula jadi di sini juga menjadikannya unik untuk aktiviti mandi-manda, aktiviti lasak,berkelah, berkhemah, mendaki gunung, merentas hutan, bersiar-siar dan banyak lagi. Suasana yang redup di kelilingi tumbuhan hutan yang rimbun sememangnya akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada setiap pengunjung. Kawasan mandi di tempat perkelahan juga sangat mesra kanak-kanak kerana terdapat kawasan air sungai yang cetek dan tenang serta mempunyai gelongsor air untuk kanak-kanak.
Kemudahan asas juga disediakan di bahagian pintu masuk bagi keselesaan para pengunjung. Antara kemudahan di Hutan Lipur Ulu Bendul seperti ;
- Tandas
- Surau
- Wakaf
- Chalet
- Gerai makanan
- Kedai serbaneka
- Kawasan Parkir Kenderaan yang berdekatan
Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda bersama orang tersayang. Dengan suasana yang tenang dan damai sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Pos Kuala Mu Sungai Siput, Perak