
Gopeng merupakan salah satu pusat pelancongan terbaik di Malaysia yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik antaranya seperti aktiviti budaya, warisan dan sejarah serta aktiviti ekstrim & mencabar. Aktiviti-aktiviti ini pastinya akan memberi keterujaan kepada setiap pengunjung terutama kepada penggemar sukan lasak dan pencinta alam semulajadi. Jadi, di Gopeng Glamping Park ini pasti bakal memenuhi segala keperluan dan keinginan yang didambakan oleh setiap pengunjung.
Gopeng Glamping Park merupakan lokasi unik yang menawarkan percutian gaya glamour camping yang semakin popular dalam kalangan kaki travel terutamanya bagi pencinta alam semulajadi. Kawasannya yang sangat strategik yang mana dikelilingi oleh bukit-bukau, sungai, gua, dan hutan yang menghijaukan menjadikan Gopeng Glamping Park ini sebagai salah satu tempat menarik di Perak yang mesti anda kunjungi.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Lokasi percutian ini terletak bersempadan dengan Kampung Chulek yang indah dan tenang. Suasana kampungnya yang segar dan nyaman ini sangat sesuai bagi pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kotaraya. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan bergantung pada keadaan trafik semasa.
- Alamat : 0846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak, Malaysia
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : +6013 240 8857
Waktu Operasi
- 8 am – 10 pm (Setiap Hari)
Peta Ke Gopeng Glamping Park

Harga Tiket Gopeng Glamping Park
Terdapat dua pakej yang ditawarkan di sini iaitu Weekdays Package dan Weekend Package. Untuk menempah dan menyemak harga tiket semasa, anda boleh klik di sini.
Bayaran Tiket
Weekdays Package 2D1N (Isnin, Selasa, Rabu, & Khamis)
- Double Tent – RM158 (Max 2 Orang)
- Quad Tent – RM238 (Max 4 Orang)
- Deluxe 8 Tent – RM408 (Max 8 Orang)
Weekends Package (Jumaat. Sabtu, & Ahad)
- Double Tent –
- Sabtu – Ahad : RM208/ 1 Dewasa
- Jumaat – Sabtu : RM178/ 1 Dewasa
- Ahad – Isnin : RM178/ 1 Dewasa
- Quad Tent –
- Sabtu – Ahad : RM188/ 1 Dewasa, RM138/ 1 Kanak-kanak
- Jumaat – Sabtu : RM158/ 1 Dewasa, RM108/ 1 Kanak-kanak
- Ahad – Isnin : RM158/ 1 Dewasa, RM108/ 1 Kanak-kanak
- Deluxe 8 Tent –
- Sabtu – Ahad : RM168/ 1 Dewasa, RM108/ 1 Kanak-kanak
- Jumaat – Sabtu : RM138/ 1 Dewasa, RM88/ 1 Kanak-kanak
- Ahad – Isnin : RM138/ 1 Dewasa, RM88/ 1 Kanak-kanak
Setiap khemah disediakan kemudahan plug point, lampu, kipas, dan tilam tebal. Jika anda ambil pakej Full Board, ia lengkap dengan sarapan pagi, makan tengahari, high tea , dan makan malam.


Aktiviti Menarik di Gopeng Glamping Park
Semestinya banyak aktiviti menarik yang berasaskan alam semulajadi yang boleh anda lakukan di sini. Walau bagaimana pun semua aktiviti ini adalah berbayar. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah ;
- Fun Trip Rafting – RM350/bot (Max 5 orang)
- White Water Rafting – RM150/orang (Min 3 orang)
- River Tubing
- Cave Exploraion – Gua Tempurung – RM55/orang (Min 3 orang)
- Sunset Hiking – Bukit Batu Putih – RM50/orang (Min 3 orang)
- Waterfall Abseilling – RM90/orang (Min 3 orang)
- Paintball – RM80/orang (Min 2 orang)
- Adventure ATV – RM180/single. RM230/double
Selain itu, Gopeng Glamping Park juga sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang ditawarkan di sini bagi keselesaan para pengunjung. Dengan pelbagai pilihan dari makanan Melayu tempatan, hidangan oriental hingga masakan barat, pihak pengurusan akan memastikan tetamu menikmati makanan dengan penuh selera.



Bagi memberikan keseronokan dan kepuasan yang berganda kepada para pengunjung, pihak pengurusan juga menyediakan beberapa kemudahan dan fasiliti seperti ;
- Garden
- Peralatan BBQ
- Outdoor Fire pit
- Huge Hammock
- Kawasan berkelah
- Big Wooden Swing
- Giant Wooden Shoes
- Taman permainan
- Trampoline
- Gelanggang bola tampar
- Padang terbuka
- Sewa basikal
- Dirt Bike Rental
- Sewa tube
- Wifi percuma
- Parking percuma
- Permainan tradisional


Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda bersama orang tersayang. Dengan harga yang berpatutan serta kawasan penginapan yang menarik, sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Masbro Hidden Village Lenggong, Perak