Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang G2G Animal Garden yang terletak di dalam kawasan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) iaitu kira-kira 30 KM dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah taman pameran dan petting zoo yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada setiap pengunjung. G2G Animal Garden ini juga berkonsepkan Pelancongan Eco dan Agro yang sesuai untuk dilawati sekeluarga terutamanya kanak – kanak.

Kanak-kanak turut berpeluang menyentuh dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan comel dan jinak di sini secara lebih dekat. Secara tidak langsung ia dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bernilai kepada mereka untuk mengenal species-species haiwan. Apa yang menarik, tempat rekreasi ini telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Selangor.

Cara Menuju Ke Destinasi

Lokasi petting zoo ini terletak di Serdang iaitu berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kawasan di sini agak menarik dan memiliki suasana yang tenang. Tempat parkir di sini juga agak luas dan mampu menempatkan banyak kenderaan dalam satu masa.

Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa. Dari Plaza Tol Sungai Besi, anda perlu susur keluar (EXIT) di persimpangan UPM. Kadar tol yang dikenakan adalah RM0.80 sehala. Seterusnya, ikut Jalan MAEPS 4/1 untuk sampai ke destinasi.

  • Alamat : G2G Animal Garden, Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : +6019-9256852

Waktu Operasi 

  • Rabu – Isnin : 10 am – 6 pm
  • Selasa : TUTUP
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.30 am – 6 pm

Peta Ke G2G Animal Garden

Harga Tiket G2G Animal Garden

Harga tiket kemasukan ke G2G Animal Garden sangat berbaloi dan berpatutan. Para pengunjung boleh membeli tiket terus di kaunter atau secara online. Untuk menempah dan menyemak harga tiket boleh klik di sini. Berikut adalah harga tiket G2G Animal Garden ;

Bayaran Tiket 

Warganegara

  • Dewasa – RM29
  • Kanak-kanak – RM24
  • Warga Emas – RM24

Bukan Warganegara

  • Dewasa – RM58
  • Kanak-kanak – RM48
  • Warga Emas – RM48

Voucher & Promosi Harga Tiket

Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

  1. www.pelago.co
  2. tripcarte.asia
  3. www.ticket2u.com.my
  4. www.traveloka.com

Tarikan dan Aktiviti Menarik di G2G Animal Garden

Walaupun kawasan taman ini tidak begitu luas, tetapi ia padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Dianggarkan lebih 200 species haiwan yang terdapat di G2G Animal Garden antaranya seperti burung, arnab, reptilia, kuda, lembu, burung unta dan banyak lagi. Antara tarikan menarik yang terdapat di sini adalah seperti berikut ;

1.Therapy Goat House

Di sini anda berpeluang memegang, bergambar, dan memberi makan kepada kambing serta dibenarkan untuk memberi susu kepada anak-anak kambing yang comel. Bagi kanak-kanak dari bandar, pengalaman ini sangat menyeronokkan di samping dapat mengenali species-species kambing seperti kambing biasa, kambing biri-biri, kambing Boer, dan banyak lagi.

G2G Animal Garden

2. Pigeon House

Di sini anda dapat melihat pelbagai species burung merpati yang terdiri daripada pelbagai warna.

3. Rabbit Garden

Ia merupakan sebuah ladang arnab yang menempatkan puluhan ekor arnab yang jinak dan comel. Arnab di sini dilepaskan berkeliaran dan kanak-kanak dibenarkan untuk berkejaran menangkapnya.

G2G Animal Garden

4. Rumah Terapi

Rumah Terapi adalah salah satu tarikan utama di G2G Animal Garden. Ia merupakan rumah yang menempatkan haiwan-haiwan eksotik seperti cicak, ular, Guinea pig, iguana, serangga, labah-labah, cicak, katak, dan bermacam lagi.

G2G Animal Garden

5. Bird Aviary

Burung-burung disini ditempatkan di dalam sangkar yang besar. Pengujung dibenarkan untuk masuk ke dalam sangkar tersebut untuk sesi bergambar.

6. Tekno Cafe Goat 2 Go Farm

Di sini juga turut menyediakan cafe untuk berehat dan menjamu selera. Antara menu paling laris dan menarik di di sini adalah kambing bakar. 

G2G Animal Garden

Selain itu, terdapat juga Cat House dan Exortic Garden yang menjadi tarikan pelancongan ke petting zoo ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tarikan terbaru di pusat rekreasi ini boleh layari website.

Lokasi percutian yang berkonsepkan theme petting zoo ini sangat sesuai dan menjadi destinasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Air Terjun Dan Rekreasi Lata Bijih, Kelantan

error: Content is protected !!