Fantasia Aquapark Fun-Tastik merupakan salah satu tarikan utama di Taman Darulaman yang juga terdiri daripada padang golf, taman kuda dan juga taman tasik. Ia ditutup selama berbulan-bulan semasa wabak pada tahun 2020 tetapi kini dibuka semula dengan pengurusan baharu iaitu SAB Global. Ia juga merupakan satu-satunya taman tema air di Jitra dan tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kedah. Taman tema air seluas 4.5 ekar ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Cara Menuju Ke Destinasi

Terletak di Bandar Darulaman ianya hanya beberapa minit dari bandar Jitra dan 15 minit dari Lapangan Terbang Alor Setar dan juga sekitar 30 minit dari Bandaraya Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah. Jadi, ini menjadikan taman tema air ini sangat mudah untuk diakses.

  • Alamat : Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah.
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 04-9131846

Waktu Operasi

  • Rabu – Isnin : 10 am – 6 pm
  • Cuti Umum : 10 am – 7 pm
  • Selasa : Cuti Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Peta Ke Fantasia Aquapark Fun-Tastik

Fantasia Aquapark Fun tastik

Harga Tiket Fantasia Aquapark Fun-Tastik

Bagi memudahkan para pengunjung, terdapat penjualan tiket secara online di portal rasmi Fantasia Aquapark. Untuk melihat pakej promosi yang ditawarkan atau menyemak harga tiket, anda boleh klik di sini. Penjualan tiket di kaunter juga turut disediakan.

Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan untuk sebarang majlis seperti lawatan sekolah, sambutan hari jadi, dan hari keluarga. Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan untuk semua golongan.

Bayaran Tiket 

  • Dewasa & Kanak -Kanak 3 Tahun Keatas – RM20
  • Kanak – Kanak 3 Tahun Kebawah – PERCUMA
  • Warga Emas & OKU – RM20

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke taman tema air ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket bagi mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Bandingkan harga tiket di sini ;

  1. www.ticket2u.com
Fantasia Aquapark Fun tastik

Aktiviti Menarik di Fantasia Aquapark Fun-Tastik

Ini merupakan pengalaman taman air yang lengkap dan sesuai untuk semua golongan termasuk golongan berkeluarga, kanak-kanak, remaja dan penggemar taman tema. Dengan tarikan gelongsor air yang menyeronokkan, kemudahan fasiliti yang lengkap serta kawasan yang dikelilingi tumbuhan yang menghijau, ia pasti akan menggembirakan mana-mana pengunjung yang datang ke taman tema air ini.

Taman tema air ini terdiri daripada 5 tarikan sedia ada iaitu ‘Children Splash Pad’, ‘Twin Water Slide’, ‘Lazy River’, ‘Water Cave’ dan kolam utama yang besar selain tarikan baharu Rumah Gergasi Musang King dan perkhidmatan refleksologi.

1. Splash Pad

Fantasia Aquapark Fun tastik

2. Slide

3. Lazy River

4. Gergasi Musang King

Di Fantasia Aquapark, mereka menyediakan pelbagai permainan untuk keselesaan dan kemudahan setiap pengunjung. Permainan ini adalah percuma dan pihak pengurusan sentiasa memastikan semua permainan berada dalam keadaan yang sempurna pada setiap masa.

Beberapa kemudahan juga turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung antaranya seperti ;

  • Gift Shop
  • Ruang Bergambar
  • Ruang Majlis
  • Parkir
  • Tandas Awam 
  • Loker 
  • Cafe 
  • Surau
  • Ruang Santai
  • Sewa Pelampung
  • Safety Guard

Fantasia Aquapark Fun-Tastik menjadi lokasi percutian yang berbaloi dan menarik untuk dikunjungi kerana ia merupakan sebuah pusat rekreasi yang penuh dengan kelengkapan moden untuk kegunaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan

error: Content is protected !!