
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa negeri Pulau Pinang mempunyai sebuah taman tema yang terbaik dan paling menarik di Malaysia. Taman tema tersebut adalah Escape Theme Park Penang atau turut dikenali sebagai Taman Tema Escape Penang. Setelah taman tema ini tular di media sosial, pelbagai reaksi positif daripada para pengunjung yang mengidamkan percutian ke taman tema yang bertaraf antarabangsa ini.
Sebenarnya Escape Theme Park Penang ini telah dibuka sejak pertengahan tahun 2013. Tetapi pada tahun 2019 ia mula mendapat perhatian dan tumpuan para pelancong termasuk dari luar negara setelah terbinanya sebuah gelongsor air yang terpanjang di dunia iaitu lebih dari 1 km. Secara tidak langsung, ia telah menewaskan gelongsor air yang terletak di New Jersey, USA yang memegang tahta gelongsor air terpanjang di dunia sebelum ini. Taman tema ini bukan sahaja tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Penang, malah turut menjadi destinasi menarik di Malaysia.

Cara Menuju Ke Destinasi
Lokasi Taman Tema Escape ini terletak di Teluk Bahang dan juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang lain seperti Batu Feringgi, Tropical Spice Garden, Taman Rimba Teluk Bahang, dan banyak lagi.
Jika anda bertolak dari bandar Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar ke George Town. Kemudian, teruskan perjalanan ke Jambatan Pulau Pinang dan ikut papan tanda menuju ke Jalan Tanjung Bungah dan Jalan Teluk Bahang untuk sampai ke destinasi. Perjalanan anda dianggarkan mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa. Kadar tol dari Plaza Tol Jalan Duta ke Plaza Tol Juru adalah RM43.30 sehala.
- Alamat : 828, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang, Malaysia
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 04-8811106
Waktu Operasi
- Selasa – Ahad : 10 am – 6 pm
Harga Tiket Escape Theme Park Penang
Escape Penang adalah destinasi yang menyeronokan dengan pelbagai aktiviti menarik serta permainan yang berkonsepkan alam semulajadi. Ia juga memperkenalkan kembali permainan dan kenangan masa lalu supaya memberi kesedaran kepada setiap pengunjung yang mengamalkan gaya hidup elektronik yang mengasingkan diri.
Tiket Escape Theme Park Penang boleh dibeli terus di kaunter atau secara online. Untuk menempah dan menyemak harga tiket, sila layari website. Berikut adalah harga tiket kemasukan ke Escape Theme Park Penang ;
Bayaran Tiket
- Future Kid (0-3 Tahun) – PERCUMA
- Junior Kid (4-12 Tahun) – Bermula Dari RM77.70
- Big Kid (13-60 Tahun) – Bermula Dari RM116.90
- Super Kid (61 Tahun Keatas) – PERCUMA
Aktiviti Menarik Di Escape Theme Park Penang
Escape Theme Park Penang mempunyai kira-kira 40 tarikan menarik yang mesti anda cuba. Antaranya seperti rumah pokok yang disediakan untuk sewaan para pengunjung. Ia sangat sesuai dijadikan tempat untuk berehat seketika setelah penat melakukan aktiviti yang menyeronokan. Aktiviti menarik lain yang terdapat di Escape Penang adalah seperti berikut ;
1. Aerobat
Aerobat mengimbau semula perasaan berayun melalui udara dan melakukan akrobatik.
- Maks. berat: 120kg
- Maks. berat untuk tangkapan: 100kg

2. Banana Flip
Ia adalah salah satu tarikan popular di taman tema ini.
- Min. umur: 4
- Berat maksimum: 120kg

3. Atan’s Jump
Rasai pengalaman melakukan terjunan gaya bebas ke dalam kolam yang sangat menyeronokan.
- Min. umur: 4

4. Atan’s Leap
Atan’s Leap merupakan salah satu permainan yang akan meningkatkan tahap adrenalin anda. Aktiviti ini dapat menentukan anda seorang yang gayat pada ketinggian atau tidak.
- Berat: 20kg – 120kg

5. Coco Climb
Bagi yang menjalani kehidupan zaman kanak-kanak di bandar raya, anda berpeluang merasai sendiri pengalaman memanjat pokok kelapa ini.
- Maks. berat: 120kg

6. Gecko Tower
Pendakian Gecko Tower yang mencabar ini dapat menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.
- Min. berat: 20kg
- Maks. berat: 120kg

7. Family Trail
Family Trail dapat membantu pengunjung meneroka pengembaraan bersama keluarga. Secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan.
- Min. umur: 4
- Min. ketinggian: 1m
- Maks. berat: 120kg

8. Family Twister
Family Twister adalah sebuah permainan gelongsor air yang boleh dilakukan bersama keluarga.
- Min. ketinggian: 1.2m
- Maks. berat: 120kg

9. Hill Rider
Hill Rider memberi peluang kepada kanak-kanak merasai nikmat keseronokan bermain basikal menuruni bukit.
- Min. umur: 13
- Maks. berat: 120kg

10. Tubby Racer
Nikmatilah perjalanan yang turun naik di dalam tiub tabby yang sangat mendebarkan.
- Maks. berat: 120kg
- Min. umur: 4
- Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun atau ke bawah boleh mengiringi orang dewasa pada tiub besar

11. Speed Racer
Kanak-kanak sangat sukakan keseronokan kelajuan. Speed Racer adalah di mana kelajuan diukur dalam senyuman sejam.
- Maks. berat: 120kg
12. Mega Drop
Mega Drop adalah salah satu permainan air yang memerlukan keberanian yang sangat tinggi.
- Maks. berat: 120kg

Kebanyakkan tarikan di sini bersesuaian untuk semua golongan termasuk kanak-kanak. Bagi membolehkan anda mengecapi keseronokan dan kepuasan yang maksima, anda perlu mencuba kesemua permainan dan tarikan yang terdapat di taman tema ini. Antara aktiviti yang menjanjikan keseronokan kepada setiap pengunjung adalah ;
- Jumping Jack
- Kite Flyer
- Lazy River
- Flying Lemur
- Go Banana
- Air Bag
- AK Academy
- AK Discovery
- AK Splash
- Discovery Dig
- A-Maze
- Dunk Tank
- Tubby Tunnel
- Tubby Rapid
- Tot’s Play
- Monkey Business
- Monkey School
- Play House
- Super Looper
- Sling Shot
- Zoom Bug
- Wave Ball
- Three Sixty
Destinasi Escape Theme Park Penang menjadi lokasi yang sesuai untuk percutian bersama keluarga serta dapat mengimbau kembali kenangan anda di zaman kanak-kanak. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Taman Air Darulmakmur Jerantut, Pahang