Ehsan Water Park adalah sebuah taman tema air yang berkonsepkan “Holiday Apartment & Convention Centre“. Kawasan rekreasi ini juga merupakan tarikan pelancongan terbaru di Negeri Sembilan khususnya di Pasir Panjang, Port Dickson.
Kini, ia mula dikenali oleh para pengujung dan menjadi salah satu lokasi percutian popular di Malaysia. Apa yang menarik, taman tema air yang terbesar di Negeri Sembilan ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan umur. Selain itu, ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang mesti anda kunjungi.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Lokasi Ehsan Waterpark ini terletak di Pasir Panjang, Port Dickson yang mana hanya mengambil masa 50 minit perjalanan dari KLIA, 60 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 4 jam perjalanan jika dari Singapura. Masa perjalanan bergantung pada keadaan trafik semasa. Ia juga sangat mudah diakses melalui Lebuhraya Seremban-PD dan Exit di Pasir Panjang atau Teluk Pelanduk (bypass PD Town).
- Alamat : No 1, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang, Si Rusa, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 06-647 2888
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap hari)
Peta Ke Ehsan Waterpark
Harga Tiket Ehsan Water Park
Bagi memudahkan para pengunjung, terdapat penjualan tiket secara online di portal rasmi Ehsan Waterpark. Anda juga boleh membuat tempahan untuk sebarang majlis seperti lawatan sekolah, sambutan hari jadi, dan hari keluarga. Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan untuk semua golongan.
Bayaran Tiket
Weekdays
Harga Normal
- Kanak-kanak (3 ft – 12 tahun) – RM35
- Dewasa (13 – 59 tahun) – RM35
- Warga Emas (60 tahun keatas) – RM35
Harga Promosi
- Kanak-kanak (3 ft – 12 tahun) – RM30
- Dewasa (13 – 59 tahun) – RM30
- Warga Emas (60 tahun keatas) – RM30
Weekend
Harga Normal
- Kanak-kanak (3 ft – 12 tahun) – RM35
- Dewasa (13 – 59 tahun) – RM45
- Warga Emas (60 tahun keatas) – RM35
Harga Promosi
- Kanak-kanak (3 ft – 12 tahun) – RM30
- Dewasa (13 – 59 tahun) – RM40
- Warga Emas (60 tahun keatas) – RM30
Loker
- Kecil – RM15
- Besar – RM25
Cabana (5 Unit)
- Deposit – RM50 (Refundable)
- Sewa Cabana – RM100
Pelampung (Tube)
- Deposit – RM10 (Refundable)
- Sewa Tube – RM10
Semua urus niaga adalah muktamad dan tidak dapat dikembalikan. Tiada bayaran balik akan diberikan kerana cuaca buruk. Sila periksa ramalan cuaca sebelum membeli tiket secara dalam talian.
Selain itu, Ehsan Waterpark juga menggunakan konsep cashless yang mana segala urusan jual beli hanya mengunakan kad yang disediakan sahaja. Kad tersebut boleh di tambah nilai di kaunter dengan harga minimum RM20. Makanan dari luar juga tidak dibenarkan bagi memastikan tahap kebersihan kawasan waterpark terpelihara.
Voucher & Promosi Harga Tiket
Terdapat beberapa portal dan website yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke taman tema air ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket bagi mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Bandingkan harga tiket di sini ;
Aktiviti Menarik di Ehsan Waterpark
Ini merupakan pengalaman taman air yang lengkap dan sesuai untuk semua golongan termasuk golongan berkeluarga, kanak-kanak, remaja dan penggemar taman tema. Dengan tarikan gelongsor air yang menyeronokkan, kemudahan dan kelengkapan Pusat Konvensyen serta kawasan yang dikelilingi tumbuhan yang menghijau, ia pasti akan menggembirakan mana-mana pengunjung yang datang ke taman tema air ini.
Walaupun taman tema ini lebih khusus kepada golongan kanak-kanak, ia juga mampu memberi keseronokan dan keterujaan kepada golongan dewasa. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di Ehsan Waterpark adalah seperti berikut ;
- Waterfall and Slides – Air Terjun Besar
- Extreme Inflatable Slide for Adult pool – Gelongsor Air
- Teenagers Paradise – Kolam Renang
- Kid Adventure – Wet & Wild
- Telematch area
- Taman Permainan Kanak-kanak
- Aktiviti bersama Badut (Hari Minggu Sahaja Jam 12pm & 2pm)
Bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin, pihak taman tema telah menempatkan beberapa lifeguard disetiap kolam. Pergerakan kanak-kanak akan sentiasa di pantau bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.
Untuk makluman, kedalaman kolam bagi kanak-kanak hanya dari paras buku lali hingga ke paras lutut sahaja. Manakala kedalaman kolam untuk dewasa pula adalah di paras dada (4 fts).
Beberapa kemudahan juga turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung antaranya seperti ;
- Pentas Terbuka
- Tandas
- Kedai Cenderamata
- Dewan Makan Persendirian
- Ballrooms, Convention Hall and Meeting Rooms
- Surau
- Bilik Persalinan
- Loker
- Bilik Medic
- Cafe
Ehsan Waterpark menjadi lokasi percutian yang berbaloi dan menarik untuk dikunjungi kerana ia merupakan sebuah pusat rekreasi yang masih baru dan penuh dengan kelengkapan moden untuk kegunaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Tempat Menarik di Bukit Tinggi, Pahang