District 21 merupakan sebuah taman tema indoor yang mempunyai kelainan dan tarikan tersendiri berbanding taman tema yang lain. Walaupun konsep taman tema di dalam bangunan ini sama seperti di Berjaya Times Square Theme Park Kuala Lumpur, namun permainan dan tarikan di District 21 agak berbeza kerana aktiviti di sini lebih kepada cabaran yang lasak dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental setiap peserta.

District 21 adalah Adventure Park pertama yang berkonsepkan Apocalypse di Malaysia. Taman tema yang berkeluasan 70,000 kaki persegi ini menawarkan lebih daripada 10 aktiviti menarik serta 8 buah bilik untuk kegunaan pelbagai majlis dan acara. District 21 juga tempat yang sesuai untuk mengadakan acara kem jati diri korporat, lawatan kumpulan sekolah, dan majlis ulang tahun.

Cara Menuju Ke Destinasi

District 21 merupakan taman tema adventure yang terletak di dalam bangunan pusat beli-belah iaitu IOI City Mall, Putrajaya. Apa yang menarik adalah kawasan taman tema ini dilengkapi penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung melakukan sebarang aktiviti. Anda boleh memandu kenderaan sendiri ke IOI City Mall yang terletak hanya 32km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan mengambil masa kira-kira 35 minit perjalanan untuk sampai ke destinasi.

  • Alamat : Level 1 (East Wing), IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 03-8328 8888

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 12 pm – 8 pm
  • Hari Minggu, Cuti Umum & Cuti Sekolah : 10 am – 8 pm

Peta Ke District 21

District 21

Harga Tiket District 21

Tiket kemasukan ke taman tema District 21 ini boleh dibeli terus di kaunter tiket atau secara dalam talian @ online. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk syarat-syarat di bawah ;

Terma & Syarat Sah Tiket

  • Tiket Tarikh Tetap: sah hanya pada tarikh lawatan yang dipilih
  • Peserta utama mesti hadir semasa penebusan tiket di District 21.
  • Nama pada e-tiket mestilah sepadan dengan nama yang dinyatakan dalam IC / Pasport.
  • Sila cetak dan kemukakan e-tiket di kaunter tiket District 21 untuk kemasukan.
  • Tiket ini sah untuk semua permainan (Tertakluk pada had ketinggian).
  • Pengunjung juga boleh membeli tiket secara terus di kaunter tiket District 21.
  • Sila pastikan pakaian yang dipakai sesuai untuk melakukan semua aktiviti.
  • Sila gunakan kasut sukan dan pakaian sukan untuk lebih selesa dan selamat. Selipar tidak dibenarkan.
  • Kanak-kanak mesti disertai dan dipantau oleh orang dewasa pada setiap masa untuk tujuan keselamatan.
  • Semua tarikan / permainan mempunyai had ketinggian dan berat yang tertentu. Ketinggian minimum: 90cm, Berat minimum: 15kg, Berat maksimum: 120kg (80kg untuk roller glider)

Bayaran Tiket 

  • Isnin – Jumaat : RM62
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti  Umum : RM76
  • Locker : RM3
  • Pelawat : RM10

Voucher & Promosi Harga Tiket

Untuk dapatkan harga promosi dan pakej istimewa, anda boleh layari website . Harga tiket bergantung pada waktu semasa serta terma & syarat. Boleh juga membuat perbandingan harga di website di bawah;

  1. www.pelago.co
  2. www.klook.com
District 21

Aktiviti Menarik di District 21

Tarikan yang ditawarkan di taman tema ini pasti membuatkan para pengunjung berpeluh walaupun berada di tempat yang berhawa dingin. Di sini para pengunjung dapat menguji dan mengetahui tahap kecergasan serta kekuatan fizikal dan mental masing-masing.

1. Launch Pad

Bagi yang tidak mempunyai keberanian untuk melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem, anda boleh bermain di trampolin yang dilengkapi teknologi kusyen yang canggih.

District 21
Sumber : tianchad

2. Tubby Ride

Jika kanak-kanak kecil pun boleh melakukannya, tiada sebab anda tidak boleh meluncur ke bawah menuruni cerun dengan menggunakan tiub khas.

3. Gopedal

Sebelum anda berangan-angan untuk menguji mesin yang jauh lebih kuat, anda boleh cuba menaiki go-kart pedal yang unik ini.

Sumber : timeout

4. Low Ropes

Anda perlu menempuhi halangan dan cabaran bagi meningkatkan tahap keyakinan diri.

Sumber : mummyweeblog

5. Maze

Seperti permainan maze yang lain, permainan ini terdiri daripada terowong labyrinth , sangkar dan mindbending puzzles yang mampu meransang minda peserta.

Sumber : tianchad

6. Pump Track

Pilih sama ada basikal, skuter atau skateboard untuk membuat pelbagai aksi dan kemahiran tersendiri.

7. Free Fall

Cabaran terjunan bebas ini memberikan pengalaman yang menggerunkan seperti anda melompat keluar dari pesawat yang sedang terbang tinggi.

Sumber : timeout

8. Power Station

Aktiviti ini adalah pendakian dinding atau wall climbing yang memerlukan keseimbangan badan yang baik. 

9. Roller Glider

Roller Glider menggabungkan keseronokan roller coaster di mana anda akan meluncur ke bawah dengan lilitan dan lengkungan tajam pada kelajuan 30km sejam.

Sumber : thechency.

10. Sky Trail

Inilah cabaran utama yang memerlukan stamina dan kemahiran untuk mengimbangi cabaran dan halangan. Anda juga perlu mengatasi dan mengharungi kesemua 23 halangan tinggi dengan pelbagai tahap kesukaran.

Bagi penggemarkan aktiviti lasak dan mencabar, destinasi District 21 sangat sesuai untuk anda terokai. Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Bukit Merah Laketown Resort, Perak

error: Content is protected !!