Desaru Coast Adventure Water Park merupakan salah satu tarikan pelancongan terbaru di negeri Johor. Dengan keluasan 8.49 hektar, taman tema air ini mampu menampung sehingga 12,000 orang pengunjung dalam satu masa dan dikatakan taman tema air yang mempunyai kolam terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti riadah dan sukan air ditawarkan di sini yang bersesuaian bagi semua golongan samada kanak-kanak dan juga dewasa.

Apa yang menarik Desaru Coast Adventure Water Park ini mempunyai sebuah pantai buatan yang mengandungi 4 juta gelen air dan mampu menghasilkan gelombang ombak setinggi 4 meter. Secara tidak langsung ia menjadi ombak buatan manusia yang paling tinggi dan terbesar di dunia. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Johor yang mesti anda kunjungi.

Cara Menuju Ke Destinasi

Kawasan Desaru dahulunya kurang dikenali dan dikunjungi pelancong oleh kerana tiada tarikan menarik dan keadaan bandar yang kurang membangun. Kini, ia telah berubah menjadi destinasi pilihan ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk bercuti dan beriadah. Untuk menuju ke destinasi, anda boleh memandu kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam seperti bas express. Bagi mereka yang menaiki bas, lokasi Desaru Coast hanya terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Perhentian Bas dan Teksi Bandar Penawar.

  • Alamat : Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 03-22039696

Waktu Operasi 

  • 10 am – 6 pm (Setiap Hari)
  • Selasa – TUTUP

Peta Ke Desaru Coast

Desaru Coast Adventure

Harga Tiket Desaru Coast Adventure Water Park

Taman tema air ini menawarkan 3 harga tiket kemasukan yang berlainan iaitu One Day Ticket, Two Day Ticket, dan Splash Pass. Harga tiket Desaru Coast Water Park sedikit mahal berbanding taman tema air yang lain. Namun begitu, tarikan dan permainan yang ditawarkan di sini sangat menyeronokkan, berbaloi, dan pasti menjanjikan pengalaman yang indah kepada pengunjung. Anda boleh membeli tiket terus di kaunter atau membeli secara dalam talian @ online. Untuk menempah atau meyemak harga tiket semasa, sila layari website Adventure Waterpark TICKETS & PROMOTIONS.

Bayaran Tiket

One Day Ticket

  • Dewasa (12-59 Tahun) – RM128 (Normal)/ RM121 (Mykad)
  • Kanak-kanak (3-11 Tahun) – RM96 (Normal)/ RM90 (Mykad)
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM96 (Normal)/ RM90 (Mykad)

Two Day Ticket

  • Dewasa (12-59 Tahun) – RM219 (Normal)/ RM196 (Mykad)
  • Kanak-kanak (3-11 Tahun) – RM164 (Normal)/ RM147 (Mykad)
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM164 (Normal)/ RM147 (Mykad)

Splash Ticket (Pas Tahunan)

  • Dewasa (12-59 Tahun) – RM233
  • Kanak-kanak (3-11 Tahun) – RM175
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM175
  • Sila rujuk website Splash Pass Benefits untuk mengetahui lebih manfaat dan faedah
  • Hanya boleh menempah secara online sahaja

Voucher & Promosi Harga Tiket

Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

  1. www.klook.com
Desaru Coast Adventure

Aktiviti Menarik di Desaru Coast Adventure Water Park

Kesemua permainan dan tarikan di taman air ini pasti memberi kepuasan yang maksima kepada setiap pengunjung. Permainan air yang bertaraf dunia ini menjanjikan pengalaman yang sangat mendebarkan dan menyeronokkan.

1. Tidal Wave Beach

Pantai Tidal Wave adalah salah satu kolam ombak terbesar di dunia yang mengandungi lebih daripada 4 juta gelen air iaitu merangkumi hampir tiga ekar. 

Desaru Coast Adventure

2. Kids Ahoy

Kids Ahoy mempunyai tiga tempat permainan yang sesuai bagi kanak-kanak mengikut peringkat usia. Kawasan ini dilengkapi dengan permainan air serta gabungan 13 gelongsor air yang berbeza yang direka khas untuk kanak-kanak. 

Desaru Coast Adventure

3. Riptide

Aktiviti yang mendebarkan ini akan membawa anda menuruni curam yang tinggi dengan kelajuan terpantas yang memberikan perasaan yang sangat mendebarkan.

Desaru Coast Adventure

4. Kraken’s Revenge

Ia merupakan permainan yang berkonsepkan roller coaster yang berpusing 360 darjah dengan ketinggian 27 meter dari atas tanah. 

Desaru Coast Adventure

5. Beachside Cabanas

6. Surf Wall

Di Surf Wall anda dapat merasai pengalaman meluncur di atas papan luncur mengharungi ombak buatan yang sangat menarik. Simulator ombak yang berkuasa tinggi digunakan bagi menghasilkan gelombang seperti ombak sebenar.

7. Wild Whirl

Di Whirl Wild, pengunjung akan melalui saluran masuk yang curam, kemudian menuju ke dalam mangkuk lebar gergasi yang sangat mendebarkan.

8. Super Twister

Ia merupakan sebuah gelongsor air yang melengkung dan mempunyai terowong. Perjalanan meluncur di atas tube akan berakhir terus ke kolam air. 

9. The Tempest

Rasai pengalaman menuruni gelongsor menggunakan rakit setinggi 24 kaki dan terus ke dalam terowong melalui pusaran air sebelum mengalami “splashdown”

10. Penawar Falls

11. Penawar River 

12. Penawar River Huts

13. Swinging Ship

Swinging Ship adalah sebuah replika kapal lanun yang mempunyai tiga air terjun yang menjulang tinggi di tebing setebal 13 meter. Kapal lanun replika ini akan berpusing sehingga 180 darjah di kedua-dua arah dan pasti memberi keseronokan yang tidak terhingga kepada para pengunjung mengharungi pengalaman yang mendebarkan ini.

Kemudahan & Penginapan

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan di taman tema air ini untuk keselesaan para pengunjung. Antaranya ialah ;

  • Cafe & Restoran
  • Surau
  • Tandas
  • Bilik persalinan
  • Kedai 
  • Baby Room
  • Kerusi santai
  • Pertolongan Cemas
  • Kawasan Parkir 
  • Shuttle Bus Percuma Sekitar Desaru Coast

Bagi yang ingin bermalam di Desaru Coast, terdapat 3 pilihan hotel yang menarik dan bertaraf 5 bintang. Antaranya ialah ;

  1. Hard Rock Hotel Desaru Coast
  2. The Westin Desaru Coast Resort
  3. Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Untuk menempah atau menyemak harga bilik, sila layari website untuk keterangan lanjut.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : District 21 Indoor Theme Park, Putrajaya

error: Content is protected !!