Denai Kabus merupakan sebuah lokasi percutian baru yang berkonsepkan agro pelancongan yang semakin popular oleh masyarakat setempat terutamanya di negeri Perak. Kawasan ini sangat sesuai untuk pencinta alam semulajadi kerana ia jauh dari kesibukan kota. Dengan berlatar belakangkan bukit bukau, tumbuhan hijau yang segar serta siulan burung-burung pasti memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Ia juga turut dikenali sebagai “Little Kundasang” disebabkan suasananya yang dingin dan nyaman serta memiliki panaroma yang sungguh menakjubkan.

Asal usul nama Denai Kabus ini diperoleh daripada persekitaran yang sejuk dan kabus tebal yang terhasil di kawasan tersebut. Ini kerana lokasi tempat rekreasi ini terletak di bawah kaki gunung Kenderong dan Kerunai yang juga merupakan ikon bagi kawasan Gerik Hulu, Perak.

denai kabus

Cara Menuju Ke Destinasi

Denai Kabus sangat mudah diakses dan kawasannya tidak jauh dari Pekan Gerik hanya 15 minit perjalanan menaiki kereta. Kemudahan jalan juga agak sempurna dan sesuai untuk dilalui pelbagai jenis kenderaan.

  • Alamat : Denai Kabus, Kaki Gunung Kenderong, Kampung Pahat, 33300 Gerik, Perak, Malaysia
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : +6019-526 1775

Waktu Operasi 

  • Setiap Hari

Peta Ke Denai Kabus

denai kabus
denai kabus

Harga Tiket Denai Kabus

Terdapat pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di sini. Resort ini juga turut menawarkan pakej penginapan yang bersesuaian mengikut jumlah pengujung dengan harga yang berpatutan. Terdapat 2 jenis penginapan yang disediakan disini ;

Bayaran Tiket

1. Cottage A

  • Cottage A sebuah penginapan yang unik dan reka bentuk ala-ala eropah
  • Hanya terdapat 6 unit sahaja
  • Harga sewa RM150/ malam
  • 4 orang dewasa untuk satu cottage

2. Berkhemah

  • Sewa tapak RM50
  • Tambahan RM10 untuk menyewa khemah milik Denai Kabus
  • Tapak khemah lengkap dengan punca elektrik, sinki, dan tandas
  • Unggun api disediakan tanpa caj

3. Memancing 

  • RM5/ Seorang

4. Berkayak

  • RM10/ Peserta
  • 30 minit

5. Kenderaan ATV

  • RM50/ ATV
  • 30 minit

6. Menunggang Kuda

  • RM10/ 1 pusingan 
  • Joyride

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke pusat rekreasi ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket bagi mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Bandingkan harga tiket di sini ;

  1. booking.mysoftinn.com
denai kabus

Aktiviti Menarik di Denai Kabus

Aktiviti-aktiviti di Denai Kabus terbuka kepada pengunjung yang datang secara walk-in atau yang menginap. Semua aktiviti di sini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan adalah seperti ;

  1. Memancing di kolam ikan dan tasik. Terdapat pelbagai species ikan air tawar seperti talapia, patin, keli, jelawat, kaloi, dan lain-lain.
  2. Memandu kenderaan ATV
  3. Berkayak
  4. Menunggang kuda
  5. Mandi manda di sungai
  6. Belajar menoreh getah
  7. Taklimat madu kelulut
  8. Pakej mendaki Gunung Kenderong/ Kerunai

Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang masih dalam perancangan pihak pengurusan. Antaranya seperti ;

  • Flying fox
  • High rope
  • Wall climbing
  • Petting zoo/ ternakan rusa

Tidak lengkap rasanya jika bercuti di Denai Kabus tanpa berkunjung ke dusun durian musang king dan buah-buahan tempatan yang lain. Sesuai dengan konsep agro pelancongan, kawasan ini mempunyai hampir 1000 pokok durian musang king yang menjadi hasil utama lokasi percutian ini. Pelbagai kemudahan asas turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung.

Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian baru yang mesti dikunjungi oleh anda bersama orang tersayang. Dengan harga yang berpatutan serta kawasan penginapan yang menari, sudah pasti dapat memberikan kenangan manis kepada setiap pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Chalet Atuk Dolah, Perak

error: Content is protected !!