
Deerland Park adalah satu destinasi pelancongan yang unik dan salah satu tempat menarik di negeri Pahang. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi yang ingin merasai ketenangan dan suasana sebenar hutan simpan Krau. Kawasan rekreasi ini telah dibina dan siap sekitar bulan Mac 1996. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh dinikmati di sini. Merangkumi sebidang tanah hutan seluas 10 ekar, taman haiwan ini menempatkan kira-kira 30 rusa Indonesia (Cervus Timorences), serta beberapa spesies rusa, beruang matahari, monyet, ular, burung merak, burung unta dan banyak lagi. Asal bermulanya nama Deerland ini adalah kerana rusa (Deer) merupakan haiwan pertama yang di bawa masuk ke sini.
Cara Menuju Ke Destinasi
Deerland Park ini terletak di Bukit Rengit, Lanchang, kira-kira 140 km dari Kuantan. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan memandu dari Kuala Lumpur atau sejam dari Genting Highlands bergantung kepada cara pemanduan.
- Alamat : Deerland Park Lanchang, 28500, Pahang
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 013-988 1345
Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 10.30 am – 4 pm
- Sabtu & Ahad : 10.30 am – 5 pm

Harga Tiket Deerland Park
Penubuhan mini zoo ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang bagi meningkatkan industri pelancongan. Disamping itu, ia dapat membantu kerajaan untuk mengekalkan dan membendung masalah kepupusan hidupan liar yang semakin kritikal. Secara tidak langsung membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya.
Bayaran Tiket
- Dewasa (12 Tahun Keatas) – RM7
- Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) – RM4

Aktiviti Menarik di Deerland Park
Konsep yang cuba diterapkan di mini zoo ini ialah bagi membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan lebih dekat. Selain dari rusa, terdapat banyak lagi haiwan-haiwan yang boleh anda lihat di sini. Pengunjung juga berpeluang melihat burung-burung liar dari pelbagai spesis yang sentiasa berkeliaran di dalam kawasan hutan simpan Krau.


Selain itu, anda juga akan diperkenalkan kepada pokok dan tanaman herba semulajadi melalui TITIAN HERBA antaranya seperti janggut adam, kacip fatimah, pokok peluruh, pikering, dan penjarang. Pengunjung akan diberi taklimat mengenai herba-herba yang terdapat di sini mengikut kesesuaian umur. Manakala untuk memerhati rusa di habitat semulajadi, pengunjung dibawa bersantai di RAN (Pondok Memerhati). Di sini juga terdapat DEERLAND JUNGLE TEA GARDEN dimana pengunjung boleh menikmati air herba yang disediakan.


Antara aktiviti menarik lain yang ditawarkan di sini seperti ;
- Belajar Menyumpit
- Jungle Tracking
- Networking
- Belajar Asas Memerhati Burung
- Night Walking
- Memancing
- Jogging



Disini juga menyediakan kemudahan kedai cenderamata, tandas, kawasan parkir, kedai serbaneka, dan banyak lagi untuk keselesaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Rabbitland Jengka, Pahang