Pasti ramai pelancong yang mengidamkan percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kotaraya. Percutian di alam rimba sering menjadi pilihan utama para pelancong yang inginkan kelainan terutamanya bagi pencinta alam semulajadi. Salah satu lokasi percutian rimba yang menarik adalah di Chalet Orang Asli Pos Gob, Gua Musang.

Chalet Orang Asli Pos Gob adalah salah satu tarikan pelancongan terbaru di Kelantan dan masih kurang dikenali pelancong disebabkan lokasinya yang terletak agak pedalaman. Destinasi ini menjanjikan pengalaman yang unik dan menarik untuk anda terokai. Kedamaian dan keharmonian alam semulajadi di sini mampu memberikan ketenangan jiwa kepada setiap pengunjung dan memukau mata sesiapa sahaja yang melihat permandangan yang sangat indah.

Chalet-Orang-Asli-Pos-Gob-Gua-Musang-2

Cara Menuju Ke Destinasi

Setakat ini laluan masuk hanya boleh diakses dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4 WD) sahaja. Permukaan jalan yang tidak sempurna menyebabkan laluan ini tidak sesuai untuk kenderaan biasa. Keadaan cuaca juga akan mempengaruhi struktur jalan. Perjalanan offroad dianggarkan sejauh 80 KM untuk sampai ke destinasi. Jarak dari Kuala Lumpur ke Gua Musang pula kira-kira 300 KM dan mengambil masa sekitar 4-5 jam bergantung kepada keadaan trafik. Untuk mengetahui situasi keadaan jalan masuk terkini, anda boleh menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah.

  • Alamat : Pos Gob, 18300 Gua Musang, Kelantan
  • Hubungi : 013-3243770 (Senik), 013-3909775 (Man), 013-6400423 (Malina), 014-2186280 (Abus)
Chalet-Orang-Asli-Pos-Gob-Gua-Musang-9

Harga Tiket Chalet Orang Asli Pos Gob

Kawasan rekreasi ini mempunyai kira-kira 20 buah unit chalet untuk disewakan kepada pelancong. Untuk pengetahuan anda, pengunjung perlu menyediakan sendiri segala kelengkapan, peralatan dan barangan makanan sepanjang berada di chalet ini . Antara pakej yang ditawarkan di Chalet Orang Asli Pos Gob adalah seperti berikut ;

Bayaran Tiket

  • Sewa Chalet – RM35/ Malam
  • Pakej Air Terjun – RM30 
  • Pakej Persembahan Rewang – RM300 (40 Minit)
  • Kemudahan Wifi – RM5
  • Pengecas Telefon – RM1
Chalet-Orang-Asli-Pos-Gob-Gua-Musang-4

Tarikan di Chalet Orang Asli Pos Gob

Selain dapat melihat permandangan hutan semulajadi dan Banjaran Titiwangsa yang sangat indah, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi-manda di sungai yang terletak hanya bersebelahan kawasan chalet. Kejernihan dan kesejukan air sungai di sini pasti membuatkan anda teruja dan menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Chalet-Orang-Asli-Pos-Gob-Gua-Musang-15-1

Anda juga berpeluang berkunjung ke kawasan air terjun yang mempunyai ekosistem yang masih terpelihara. Ini kerana kawasan rekreasi tersebut terletak di kawasan pedalaman dan kurang dikenali para pelancong.

Disamping itu, anda dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti rutin harian masyarakat Orang Asli suku Temiar di Pos Gob. Anda juga dapat mengenali budaya dan adat Orang Asli melalui persembahan sewang yang terdapat di dalam salah satu pakej yang ditawarkan.

Chalet Orang Asli Pos Gob adalah sebuah lokasi percutian yang menarik dan unik untuk dikunjungi. Ia juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Air Terjun Kota Tinggi, Johor

error: Content is protected !!