Chalet Atuk Dolah merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan yang menarik untuk dikunjungi di negeri Perak. Kawasan yang berkonsepkan alam semulajadi ini dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang segar serta alunan air sungai yang pasti memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Chalet yang telah beroperasi sejak November 2015 ini menjanjikan suasana nyaman serta kedamaian yang jauh dari kesibukan ibu kota.

Chalet Atuk Dolah terletak di kaki gunung Bujang Melaka iaitu bersebelahan laluan ke air terjun Batu Berangkai yang terkenal dengan kejernihan air dan keindahan batu-batuannya. Kawasan ini juga berdekatan dengan perkampungan Melayu dan Orang Asli yang sentiasa ceria dan meriah dengan aktiviti rutin harian penduduk tempatan dan pendaki gunung.

chalet atuk dolah

Cara Menuju Ke Destinasi

Lokasi Chalet Atuk Dolah sangat mudah diakses dengan kenderaan dan kawasannya tidak jauh dari pekan Kampar hanya 5-10 minit perjalanan menaiki kereta.

  • Alamat : Jalan Batu Berangkai, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 0174357289

Waktu Operasi 

  • Dibuka setiap hari

Peta Ke Chalet Atok Dolah

chalet atuk dolah

Harga Tiket Chalet Atuk Dolah

Terdapat pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di Chalet Atuk Dolah. Chalet ini juga turut menawarkan pakej penginapan yang bersesuaian mengikut jumlah pengujung dengan harga yang berpatutan. Kesemua harga adalah untuk 2 hari 1 malam.

Bayaran Tiket

1. Kamar Humayra/ Tihani
Satu unit RM 180 (4 pax)

  • 1 katil king
  • 2 katil single
  • attached bathroom
  • aircond
  • TV njoi
  • outdoor veranda
  • breakfast for 4 pax (main meal +kuih)
chalet atuk dolah

2. Kamar Izz
rm 250(6 pax)

  • 6 katil single
  • attached bathroom
  • aircond
  • TV njoi
  • outdoor verandah
  • breakfast for 6 pax

3. Kamar Arissa
RM 250 (6 pax)

  • 2 katil king
  • 2 katil single
  • attached bathroom
  • aircond
  • TV njoi
  • outdoor verandah
  • breakfast for 6 pax

4. Kamar Rayyan/ Umar
RM 350 (8 pax)

  • 3 katil queen
  • 2 katil single
  • attached bathroom
  • aircond
  • TV njoi
  • sofa, table n chairs
  • very large space
  • water heater
  • snack area, kettle
  • breakfast for 8 pax (main meal+ kuih)

5. Sewa dewan = RM50

6. Dapur n peralatan = RM50

7. Set pemanggang Bbq = RM20 (terhad, siapa cepat dia dapat)

8. Untuk menyewa keseluruhan kawasan, beserta rumah, dapur, dewan, bbq, dataran, surau, serta peralatan (36 pax, sila runding dgn admin jika lebih) = RM 1600

Aktiviti Menarik di Chalet Atuk Dolah

Kawasan Chalet Atuk Dolah sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang ditawarkan di sini antaranya seperti ;

  • Dewan tertutup beserta kerusi, meja, PA system
  • Sofa
  • Tandas
  • Dataran aktiviti
  • Surau 
  • Dapur
  • Peralatan BBQ dll.

Selain itu, bagi memberikan keseronokan dan kepuasan yang berganda kepada para pengunjung, pihak chalet juga menawarkan beberapa aktiviti yang menyeronokana seperti ;

  • Jungle trekking dlm 20-30 minit, mandi air terjun cun (ada caj RM 50 untuk keseluruhan group)
  • Bagi ikan makan
  • Pasang bubu dan memancing ala kadar (jgn terlalu ghairah sehingga mengakibatkan kepupusan ikan)
  • Sukaneka (anjuran sendiri)
  • Barbeque malam diiringi angin sepoi-sepoi bahasa
  • Karaoke (bawa cd lagu sendiri
  • Mandi sungai

Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Rumah Terbalik Melaka

error: Content is protected !!