Bukit Merah Laketown Resort merupakan sebuah lokasi percutian taman tema yang terkenal di negeri Perak. Ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Perak yang mesti akan kunjungi ketika bercuti di negeri ini. Destinasi percutian ini sering menerima kunjungan ramai pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia merupakan salah satu taman tema yang terawal di Malaysia. Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pakej percutian yang lengkap kepada setiap pengunjung dalam semua aspek termasuklah tempat penginapan.

Selain memilikii resort yang selesa, Bukit Merah Laketown Resort juga mempunyai 4 tarikan pelancongan utama iaitu Laketown Water Park, Laketown Eco Park, Laketown Adventure Park, dan Laketown Recreation Park.

Cara Menuju Ke Destinasi

Jika anda bertolak dari Bandaraya Kuala Lumpur, laluan paling mudah untuk anda sampai ke destinasi adalah dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara. Seterusnya anda perlu susur keluar (EXIT) di Bukit Merah dengan kadar bayaran tol RM36.60 dari Plaza Tol Jalan Duta. Bukit Merah Laketown Resort ini terletak di Semanggol iaitu berhampiran dengan bandar Taiping. Perjalanan mungkin mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke lokasi dari Bandaraya Kuala Lumpur.

  • Alamat : Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Negeri Perak
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : +605 890 8888

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis : 11 am – 6 pm
  • Jumaat – Ahad : 10 am – 7 pm
  • Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 am – 7 pm
  • Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
Bukit-Merah-Laketown-Resort-Perak-3
Sumber : hasrulhassan

Harga Tiket Bukit Merah Laketown Resort

Harga tiket masuk ke Bukit Merah Laketown ini adalah berbeza mengikut taman tema iaitu Water Park, Eco Park, Adventure Park, dan Recreation Park. Setiap taman tema menawarkan pakej dan promosi yang menarik untuk setiap pelancong. Dengan adanya promosi dan diskaun, pengunjung berpeluang mendapatkan harga tiket dengan lebih murah dan berpatutan. Untuk menyemak harga terkini dan promosi terbaru, anda boleh layari website untuk maklumat lanjut.

Bayaran Tiket 

Theme Park Combo (Water Park, Eco Park, Skycycle, & Paddle Bot/Kayak/Kanu

  • Dewasa – RM54
  • Kanak-kanak – RM40
  • Kanak-kanak ( < 90 cm) – PERCUMA

Theme Park ( Water Park & Eco Park Sahaja)

  • Dewasa – RM48
  • Kanak-kanak – RM38
  • Kanak-kanak ( < 90 cm) – PERCUMA

Eco Park ( Eco Park Sahaja)

  • Dewasa – RM20
  • Kanak-kanak – RM13
  • Kanak-kanak ( < 90 cm) – PERCUMA

Skycycle 

  • Dewasa – RM6
  • Kanak-kanak – RM6

Special Pass ( Warga Emas & OKU)

  • RM10
Bukit-Merah-Laketown-Resort-Perak-5
Sumber : tripcarte.asia

Aktiviti Menarik di Bukit Merah Laketown Resort

Kawasan yang dikelilingi bukit batu kapur dan rimbunan pokok hutan yang menghijau ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda.

1. Laketown Water Park

Laketown Water Park merupakan taman tema air yang terbesar di utara Semenanjung Malaysia dengan keluasan kira-kira 11 ekar. Semua permainan air di sini sesuai dimainkan oleh semua golongan samada dewasa mahupun kanak-kanak. Antara permainan menarik yang terdapat di Water Park ini adalah ;

  • Boomerang
  • Giant Bubble Slide
  • Sandy Beachfront Wave Pool
  • Water Speed Slides
  • Body Slides
  • Giant Tube Rides
  • Activity Pool
  • Lazy River
  • Kids Adventure River
  • Jumbo Shower
  • Water Pillar

Terdapat juga tarikan terbaru di taman tema air ini seperti Family Splash Adventure, Racer Slides, dan Crazee Cone yang menjanjikan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, surau, loker, Cabanas sewa, dan bilik First-aid turut disediakan bagi kemudahan dan keselesaan para pengunjung.

Bukit-Merah-Laketown-Resort-Perak-1
Bukit-Merah-Laketown-Resort-Perak-4

2. Laketown Eco Park

Kawasan alam semulajadi dan santuari ini berkeluasan 3 ekar dan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Nature Trail, Reptile Park dan Tropical Trek dengan pelbagai spesies reptilia, primata, mamalia, burung dan ikan dalam persekitaran yang sama dengan habitat semulajadi mereka. Di samping itu, terdapat juga Taman Haiwan Peliharaan. Antara tarikan lain yang terdapat di Eco Park adalah ;

  • Skycycle 
  • Nature Trail 
  • Tropical Trek 
  • Reptile Park
  • Pets Park
Bukit-Merah-Laketown-Resort-Perak-7
Sumber : tripcarte.asia
Bukit-Merah-Laketown-Resort-Perak-8

3. Laketown Adventure Park

Cabar diri anda di Laketown Adventure Park dengan aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar. Tempuhi perjalanan mendaki merentasi hutan sambil menghirup udara yang segar dan nyaman. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan seperti ;

  • Adult Practice Course
  • Kids Practice Course
  • Zipmania
  • Jacob’s Ladder
  • Canopy Walk
  • Burma Bridge
Sumber : kanopeo

4. Laketown Recreation Park

Percutian tidak akan lengkap tanpa aktiviti luar yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di Laketown Recreation Park adalah ;

  • Berkayak
  • Memanah
  • Memancing
  • Lake Cruise
  • Water Confident

Penginapan di Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort mempunyai 2 jenis tempat penginapan untuk para pelancong. Ianya Laketown Hotel dan Kampung Air Water Chalet. Kampung Air Water Chalet menawarkan penginapan mewah di mana mempunyai balkoni persendirian dan permandangan yang indah. Untuk menempah atau menyemak harga bilik, sila KLIK.

Destinasi Bukit Merah Laketown Resort adalah lokasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang ada, ia menjadi lokasi percutian yang menarik anda lawati. Rancang percutian anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Bukit Gambang Water Park, Pahang

error: Content is protected !!