Cuaca panas dan cerah adalah masa yang sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyejukkan badan seperti mandi-manda dan bermain air. Salah satu lokasi percutian yang menarik untuk anda basahkan diri adalah di Bukit Gambang Water Park yang terletak di dalam kawasan Bukit Gambang Resort City. Taman tema air ini terletak di kawasan berbukit di dalam hutan sekunder seluas 46 ekar. Lokasi yang berlatar belakangkan hutan tropika semulajadi ini menawarkan suasana yang tenang dan mendamaikan untuk setiap pengunjung.

Bukit Gambang Water Park juga pernah mendapat pengiktirafan dan anugerah daripada Malaysian Association Of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA) sebagai Taman Tema Air Besar Terbaik pada tahun 2011. Ia turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Pahang yang mesti anda kunjungi.

Cara Menuju Ke Destinasi

Waktu terbaik untuk anda bercuti di Bukit Gambang Water Park adalah pada hari persekolahan, hari biasa, dan bukan cuti umum. Ini kerana waktu tersebut merupakan waktu paling kurang pengunjung dan anda berpeluang bermain air sepuas-puasnya bersama keluarga.

Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan susur keluar di Plaza Tol Gambang. Kadar bayaran tol sebanyak RM16.90 sehala. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 3-4 jam untuk sampai ke destinasi bergantung pada keadaan trafik.

  • Alamat : Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan
    Pahang, Malaysia.
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : +609-5488000

Waktu Operasi

  • Isnin, Rabu & Khamis : 11 am – 6 pm
  • Jumaat – Ahad : 10 am – 6 pm
  • Cuti Umum & Cuti Sekolah : 10 am – 6 pm
  • Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum

Pata Ke Lokasi

Bukit Gambang Water Park

Harga Tiket Bukit Gambang Water Park

Tiket masuk yang berkonsepkan wristband ini boleh dibeli di kaunter atau melalui dalam talian @ online. Anda disarankan untuk membeli tiket secara online kerana lebih mudah dan menjimatkan masa. Untuk membeli secara online, anda boleh layari website.

Wristband ini tidak boleh ditukar ganti dan ditebus semula. Ia hanya valid digunakan pada tarikh yang tertera pada tiket. Kawasan Bukit Gambang Water Park merupakan zon larangan merokok dan makanan dari luar juga tidak dibenarkan.

Bayaran Tiket

Water Park

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM33
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM23
  • Kanak-kanak (<90cm) – PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM23

Combo Water Park & Safari Park

  • Dewasa (13 – 59 Tahun) – RM88
  • Kanak-kanak (4 – 12 Tahun) – RM58
  • Kanak-kanak (<90cm) – PERCUMA
  • Warga Emas (60 Tahun & Keatas) – RM58

      Voucher & Promosi Harga Tiket

      Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

      1. www.traveloka.com
      2. tickets.matfa.org.my

      Aktiviti Menarik di Bukit Gambang Water Park

      Terdapat beberapa permainan air yang menjadi tarikan utama di taman tema air ini. Antaranya adalah ;

      1.Family Raft Ride

      Ia merupakan salah satu gelongsor yang terpanjang Malaysia. Pelampung yang besar disediakan untuk aktiviti ini yang mampu menampung dan memuatkan 6 orang peserta.

      Bukit Gambang Water Park

      2. Penguin Island

      Terdapat permainan air yang menarik dikenali sebagai Aqua Play yang juga merupakan permainan yang pertama di Malaysia seumpamanya.

      Bukit Gambang Water Park

      3. 6 Lane Racer

      Ia merupakan gelongsor yang mempunyai 6 laluan dan menuruni secara lurus. Walaupun hanya menuruni secara lurus, permukaan gelongsor yang beralun ini pasti memberi debaran kepada setiap pengunjung.

      Bukit Gambang Water Park

      4. Coco Beach

      Anda boleh berehat dan bersantai di Coco Beach sambil mendengar deruan ombak buatan yang menghempas pasir yang bewarna keemasan. Kanak-kanak juga boleh membina istana pasir di tepian Coco Beach.

      5. Crystal, Galaxy & Canopy Slide

      Permainan ini hanya memerlukan anda duduk di dalam double tube dan akan ditolak oleh staff taman air menuruni gelongsor dengan kelajuan yang tinggi. Pasti mendengar jeritan debaran setiap peserta di sepanjang penurunan gelongsor.

      6. Kids Splash Pool

      Kawasan ini pasti meriah dan riuh dengan gelak tawa kanak-kanak yang sedang bergembira bermain air. Ia merupakan kawasan khas untuk kanak-kanak meneroka pengalaman baru. Life Guard juga berada di setiap tempat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dari perkara yang tidak diingini berlaku.

      Sumber :acuyuhan

      7. Glacier River – Journey Of Ice

      Anda boleh bersantai menyusuri Ice-Glacier River sambil melihat persekitaran Bukit Gambang Water Park. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan setelah penat bermain permainan air yang mendebarkan.

      8. Adult Leisure Pool

      Ia hanya sebuah kolam biasa yang kosong dan sedikit dalam yang bersesuai untuk aktiviti renang dan mandi-manda bagi golongan dewasa.

      Sumber : groundcrew

      9. Kids Slide

      Gelongsor ini tidak begitu mencabar dan ekstrem kerana ia direka khas untuk kanak-kanak kecil. Aktiviti ini pasti memberikan pengalaman yang menarik dan istimewa kepada anak anda.

      Sumber : gambangwaterpark

      Kemudahan di Bukit Gambang Water Park

      Seperti di taman tema air yang lain, Bukit Gambang Water Park juga mengutamakan keselesaan para paengunjung dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan. Antarnya seperti ;

      • Kedai Cenderamata
      • RFID Locker
      • Sewaan Pelampung @ tube
      • Surau
      • Bilik Mandi dan Tandas
      • Bilik Persalinan
      • Bilik First-Aid
      • Cabana

      Setelah penat bermain air, pengunjung pasti akan terasa lapar. Usah risau kerana terdapat banyak cafe dan restoran yang menyediakan pelbagai makanan. Salah satunya Restoran Pizza Time yang terletak di tengah-tengah water park. Cafe lain yang terdapat di Bukit Gambang Water Park adalah ;

      • Coco Delight
      • Penguin Express
      • Coco Station
      • Coco Beach Kiosk
      • Island Kiosk
      • Family Raft Kiosk

      Jadi telah terbukti destinasi Bukit Gambang Water Park merupakan lokasi percutian yang ideal dan menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

      Nota sampingan penulis:
      Penulis juga ada kawan kawan yang bekerja di Kuantan. 🙂
      Dia bekerja di sebuah syarikat bidang pembinaan pakar dalam bahan Epoxy iaitu Epoxy Xpert Resources (M) Sdn Bhd.

      LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Legoland Malaysia Resort

      error: Content is protected !!