Big Bucket Splash adalah sebuah taman permainan air yang dibina untuk penduduk di Gamuda Gardens dan turut dibuka bagi pelawat atau pengunjung dari luar. Kawasan rekreasi ini juga merupakan tarikan pelancongan terbaru di negeri Selangor khususnya di Kuang, Rawang.

Kini, ia mula dikenali oleh para pengujung dan menjadi salah satu lokasi percutian popular di Malaysia. Apa yang menarik, taman tema air ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk golongan kanak-kanak. Terdapat pelbagai tarikan dan kelengkapan di Big Bucket Splash ini yang mana pasti memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada anak-anak anda. Selain itu, ia juga turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Selangor yang mesti anda kunjungi.

Big Bucket Splash

Cara Menuju Ke Destinasi

Lokasi Big Bucket Splash ini terletak di Persiaran Gamuda Gardens 1, Kuang yang mana hanya mengambil masa 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur. Masa perjalanan bergantung pada keadaan trafik semasa. Ia juga sangat mudah diakses melalui Lebuhraya PLUS.

  • Alamat : Gamuda Gardens Experience Gallery, Persiaran Gamuda Gardens 1, Bandar Gamuda Gardens, 48050, Kuang, Selangor.
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : +6 03 6087 0469

Waktu Operasi 

Terdapat 2 sesi. Setiap sesi hanya limit kepada 100 orang sahaja.

  • Sesi 1 : 10 am – 1 pm
  • Sesi 2 : 2 pm – 5 pm
  • TUTUP : Selasa

Peta Ke Big Bucket Splash

Big Bucket Splash

Harga Tiket Big Bucket Splash

Bagi memudahkan para pengunjung, terdapat penjualan tiket secara online di portal rasmi Gamuda Gardens atau website e-commerse seperti Shopee dan sebagainya. Untuk melihat pakej promosi yang ditawarkan atau menyemak harga tiket, anda boleh klik di sini.

Anda juga boleh membuat tempahan untuk sebarang majlis seperti lawatan sekolah, sambutan hari jadi, dan hari keluarga. Apa yang paling menarik adalah harga tiket kemasukan sangat berpatutan untuk semua golongan.

Bayaran Tiket  

Mykad 

  • Dewasa – RM10
  • Kanak-kanak –  RM36

Non Mykad

  • Dewasa – RM24
  • Kanak-kanak –  RM48

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke taman tema ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket bagi mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Bandingkan harga tiket di sini ;

  1. tix.glplay.com.my
  2. shopee.com.my
Big Bucket Splash

Aktiviti Menarik di Big Bucket Splash

Ini merupakan pengalaman taman air yang lengkap dan sesuai untuk semua golongan terutamanya golongan kanak-kanak. Dilengkapi dengan 4 gelongsor yang menarik dan menyeronokkan, kolam kanak-kanak, pistol air, watak-watak haiwan dan rain bucket, pasti akan menggembirakan mana-mana pengunjung yang datang ke taman tema air ini.

Big Bucket Splash

Walaupun taman tema ini lebih khusus untuk golongan kanak-kanak, ia juga mampu memberi keseronokan dan keterujaan kepada golongan dewasa. Antara aktiviti menarik yang terdapat berhampiran Big Bucket Splash adalah seperti ;

  • Crazy Go-kart
  • Donut Boat Ride
  • Stand Up Paddle
  • Bubble Sport
  • Archery Tag
  • Adventure Playland
  • Waterfront Village

Big Bucket Splash menjadi lokasi percutian yang berbaloi dan menarik untuk dikunjungi kerana ia merupakan sebuah pusat rekreasi yang masih baru dan penuh dengan kelengkapan moden untuk kegunaan para pengunjung. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Mini Zoo Taman Teruntum Pahang

error: Content is protected !!