Bagi anda yang ingin mengisi masa lapang di hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti indoor yang sangat menarik dan menyeronokkan, terdapat sebuah taman tema di dalam pusat beli-belah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Berjaya Times Square Theme Park. Untuk pengetahuan anda, taman tema ini telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai First Largest Indoor Theme Park in Malaysia.

Selain itu, taman tema yang berkeluasan 133,000 kaki persegi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden yang menawarkan pelbagai permainan yang menarik dan mendebarkan. Kelebihan utama taman tema ini ialah ia merupakan sebuah taman tema indoor yang dilengkapi penghawa dingin dan tidak tergangu oleh faktor cuaca walaupun hari hujan.

Berjaya Times Square Theme Park

Cara Menuju Ke Destinasi

Disebabkan ia terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, anda mungkin mengalami sedikit kesesakan lalulintas untuk sampai ke destinasi terutamanya pada hari minggu dan cuti umum jika memandu kenderaan sendiri. Selain memandu sendiri, anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam yang mudah diakses seperti MRT,LRT, dan Monorail.

  • Alamat : Berjaya Times Square Theme Park, Level 5 & 7, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Google Maps : KLIK

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 12pm –10pm
  • Hari Minggu & Cuti Umum : 11am –10pm

Peta Ke Berjaya Times Square

Harga Tiket Berjaya Times Square Theme Park

Harga tiket bagi taman tema ini agak berpatutan dan terdapat potongan harga istimewa bagi pemegang Mykad atau warganegara Malaysia. Terdapat beberapa pakej yang lebih jimat ditawarkan kepada pengunjung yang datang bersama keluarga. Pakej Khas termasuk makanan turut disediakan untuk sekolah, sambutan hari jadi, dan syarikat korporat.

Tiket yang berbentuk wristband ini hanya sah untuk 2 kali keluar masuk taman tema sahaja. Berikut adalah harga kemasukan taman tema ;

Bayaran Tiket

Untuk pembelian tiket secara online, terdapat potongan harga sebanyak 15% dan ia tertakluk pada waktu tertentu serta terma & syarat. Untuk menempah atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari website.

Voucher & Promosi Harga Tiket

Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

  1. www.klook.com
  2. www.pelago.co

Aktiviti Menarik di Berjaya Times Square Theme Park

Dua bahagian taman tema iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden masing-masing menawarkan permainan yang berbeza di mana permainan di Galaxy Station (Level 5) lebih extreme dan mendebarkan. Manakala permainan di Fantasy Garden (Level 7) pula lebih mesra untuk kanak-kanak dengan permainan yang lebih selamat dan tema berwarna-warni. Antara tarikan yang terdapat di kedua-dua bahagian taman tema ini adalah seperti berikut ;

Galaxy Station

1.Supersonic Odyssey – Bagi mereka yang ingin membuktikan tahap keberanian dan adrenalin, boleh mencuba roller coaster Supersonic Odyssey. Ia adalah roller coaster multiple-inverted terpanjang di Asia Pasifik dengan panjang 800 meter & bergerak pada kelajuan tertinggi 80KM/H. Supersonic Odyssey juga merupakan satu-satunya roller coaster indoor di Malaysia dan tarikan utama di Berjaya Times Square Theme Park.

Berjaya Times Square Theme Park

2. Spinning Orbit – Orbit Spinning adalah satu permainan yang menempatkan 48 penumpang dan membawa penunggang sehingga berada pada ketinggian 30 meter sambil berputar pada 10 pusingan per minit.

Berjaya Times Square Theme Park

3. Ooorts’ Express – Ooorts Express mampu bergerak laju hingga mencapai 17 pusingan per minit. Jadi, untuk merasai keseronokan sebenar pastikan anda melepaskan tangan di udara bagi menguji tahap adrenalin anda.

Berjaya Times Square Theme Park

4. Dizzy Izzy – Permainan ini akan membuatkan anda berasa pening kerana akan diputar dengan kelajuan yang berbeza. Ia mampu menempatkan 40 penumpang dalam satu masa.

Berjaya Times Square Theme Park

5. Cosmo Climb – Cabar diri anda di Climb Cosmo untuk menjadi pendaki terbaik di galaksi. Terdapat 3 tema yang menarik untuk anda selesaikan pada tahap kesukaran yang berbeza.

6. Robo Crush – Ia merupakan permainan kereta bumper yang menyeronokkan. Peserta berpeluang melanggar antara satu sama lain sepuas-puasnya. Jika anda selalu tertekan di dalam kesesakan lalulintas3, bayangkan situasi itu dan luahkan di dalam permainan Robo Crush ini. Permainan ini sesuai dimainkan bersama rakan-rakan.

7. Virtual Reality – Permainan yang menggunakan alat elektronik VR yang sangat menyeronokkan. Terdapat pelbagai misi yang mencabar perlu anda selesaikan.

8. Cosmic Game – Main permainan mini di sini dan memenangi hadiah menarik untuk dibawa pulang.

9. Arcade Games – Ini adalah tempat permainan video game dan juga menjadi tempat untuk berehat dan menenangkan adrenalin anda setelah penat bermain pelbagai permainan yang mencabar dan mendebarkan.

Fantasy Garden

Kebanyakan permainan di Fantasy Garden direka khas untuk kanak-kanak dan tidak begitu mencabar bagi golongan dewasa. Antara tarikan yang terdapat di Fantasy Garden adalah ;

  • Cosmo Theater
  • Ooop’s Playhouse
  • Ooort’s Super Run
  • Fantasy Trail
  • Molly-Cool’s Swing
  • Honey Bump
  • Flying Bumble Bee
  • Buddy Go Round
  • Crazy Bus
  • Botanic Drive
  • Kidz Playground
  • Fantasy Games
  • Zoofari Fun Ride

Secara keseluruhannya, Berjaya Times Square Theme Park merupakan destinasi yang sangat berbaloi dan menyeronokkan bagi mengisi waktu cuti anda. Disamping dapat bermain riang-ria bersama keluarga, anda juga berpeluang membeli belah dan menonton wayang di pusat membeli-belah yang juga merupakan antara yang terbesar di Kuala Lumpur.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Bayou Lagoon Water Park, Melaka


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!