Untuk lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur dan merehatkan diri dari bebanan kerja harian, destinasi Bayou Lagoon Water Park adalah lokasi percutian yang sesuai buat anda sekeluarga. Taman tema air di Bayou Lagoon juga terletak di dalam kawasan resort yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Jadi, anda tidak perlu tercari-cari atau memikirkan hotel untuk dijadikan tempat penginapan. Selain itu, lokasi Bayoo Lagoon ini terletak hanya 15 minit dari bandaraya bersejarah Melaka dan juga berdekatan dengan Ayer Keroh yang mana menempatkan banyak tempat menarik di Melaka. Ia merupakan destinasi yang sempurna untuk menghabiskan cuti bersama anak-anak dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan.

Cara Menuju Ke Bayou Lagoon

Bayou Lagoon Park Resort merupakan pilihan yang tepat bagi pelancong yang inginkan percutian singkat tetapi dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan. Disini juga turut menawarkan penginapan yang santai dan tenang untuk para pengunjung. Hotel ini tidak jauh dari pusat bandar iaitu 11km atau 15 minit perjalanan. Manakala, perjalanan dari Kuala Lumpur kebiasaannya mengambil masa selama 1jam setengah bergantung pada kesesakan trafik.

Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu melalui Lebuhraya PLUS dan susur keluar di EXIT Plaza Tol Air Keroh yang berharga RM15.70 dari Plaza Tol Sungai Besi. Seterusnya hanya beberapa kilometer sahaja anda akan sampai ke Bayou Lagoon Park Resort dengan berpandukan papan tanda.

  • Alamat : Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
  • Google Maps : KLIK

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9 am – 7 pm
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 8 am – 7 pm
Tempat-Menarik-di-Bayou-Lagoon-Water-Park-1

Harga Tiket Bayou Lagoon Water Park

Apa lagi yang lebih menggembirakan dan menyeronokkan selain bermain permainan air dan meluangkan masa bersama orang tersayang. Pengalaman ini pasti menjadi kenangan manis untuk anda.

Dengan rekaan taman air eksklusif yang berhampiran dengan hotel, Bayou Lagoon Water Park menyediakan pelbagai aktiviti menarik di sekitar resort termasuk aktiviti outdoor basah dan kering yang direka khas dan sempurna untuk perhimpunan keluarga dan sesi acara korporat.

Bayaran Tiket

Tiket Water Park (Isnin – Jumaat)

  • Dewasa – RM21
  • Kanak-kanak – RM15
  • Warga Emas (55 Tahun & Keatas) – RM11

Tiket Water Park (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

  • Dewasa – RM26
  • Kanak-kanak – RM19
  • Warga Emas (55 Tahun & Keatas) – RM13

*Kemasukan PERCUMA bagi kanak-kanak ketinggian 3 kaki kebawah

Tempat-Menarik-di-Bayou-Lagoon-Water-Park-2

Aktiviti Menarik di Bayou Lagoon

Taman air memang menjadi tarikan dan tumpuan utama untuk setiap pengunjung yang bercuti di Bayou Lagoon Park Resort Melaka ini tak kira kanak-kanak atau dewasa. Ini kerana di taman air ini terdapat pelbagai jenis permainan air yang menarik dan menyeronokkan seperti meriam air, gelongsor air dengan pelbagai ketinggian, gelongsor air kanak-kanak, dan banyak lagi. Taman tema air ini juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 2 bahagian yang mempunyai slide/gelongsor manakala 1 bahagian adalah kolam untuk kanak-kanak yang lebih kecil.

Tempat-Menarik-di-Bayou-Lagoon-Water-Park-4-1

Kebanyakan permainan air disini direka khas untuk kanak-kanak. Jadi, ia tidak begitu menarik bagi golongan dewasa kerana permainannya tidaklah mencabar seperti taman tema air yang lain. Tetapi, jika anda bercuti bersama keluarga, sudah pasti dapat melihat ukiran senyuman kegembiraan di wajah anak-anak.

Tempat-Menarik-di-Bayou-Lagoon-Water-Park-6-1
Tempat-Menarik-di-Bayou-Lagoon-Water-Park-5.bak_

Antara tarikan menarik lain yang terdapat di Bayou Lagoon seperti ;

1. 9D Motion Theatre. Ia dilengkapi dengan kaca mata 3D dan peluru laser. Pengunjung akan duduk di kerusi yang direka seakan-akan pergerakan roller coaster dengan melalui cabaran menembak yang sangat realistik dan menyeronokkan.

Bayaran Tiket 

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM15

2. Magic Art Museum. Untuk sesi bergambar pula, anda boleh masuk ke Magic Art Museum yang menempatkan kira-kira 55 lukisan yang mempunyai tema berbeza. Antaranya ialah tema Akuarium, Fantasi, Mesir, Lucu, Budaya, Adventure, Air Terjun & Angkor Temple. Hasil lukisan 3D ini pasti membuatkan gambar anda kelihatan nyata, unik dan menarik.

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM28
  • Kanak-kanak – RM22
  • Warga Emas – RM22
    Tempat-Menarik-di-Bayou-Lagoon-Water-Park-8
    Sumber : pinterest

    3. Archery. Selain itu, anda juga berpeluang melakukan aktiviti sukan yang menguji fokus dan tumpuan para pemain. Ianya adalah sukan memanah yang sangat mencabar.

    Bayaran Tiket 

    • 12 pcs – RM9
    • 24 pcs – RM14

    Penginapan Di Bayou Lagoon

    Dari segi tempat penginapan pula, Bayou Lagoon Park Resort menawarkan beberapa jenis bilik seperti bilik studio, apartment 2 dan 3 bilik serta penthouse dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi penghawa dingin dan setiap bilik mandi juga dilengkapi water heater. Kelengkapan seperti cerek, cawan dan pinggan mangkuk turut disediakan bagi kemudahan para pengunjung. Walaupun penginapan disini agak ringkas, namun keadaan biliknya agak bersih dan rapi serta mempunyai suasana yang tenang untuk bersantai bersama keluarga. Untuk menempah atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tempat penginapan, boleh layari website.

    LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Wet World Water Park, Selangor


    0 Comments

    Leave a Reply

    Avatar placeholder

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    error: Content is protected !!