Bangi Wonderland merupakan sebuah taman tema air baru yang mula beroperasi pada tahun 2016. Taman tema yang berkonsepkan “FORTRESS OF WET AND FUN” ini terletak di Bangi Avanue iaitu ditengah-tengah antara bandar Semenyih, Nilai, Putrajaya, dan Bangi. Dibina di atas tanah yang berkeluasan 12 ekar, Bangi Wonderland menawarkan 14 tarikan permainan air yang menarik dan menyeronokkan.
Dengan pelbagai tarikan menarik dan aktiviti mendebarkan, taman tema air ini menjadi salah satu tempat yang sesuai untuk anda melarikan diri dari kesibukan kota pada hujung minggu. Anda juga boleh melawat banyak tempat menarik di Selangor bagi mengisi masa cuti yang terluang.
ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)
Cara Menuju Ke Destinasi
Untuk ke sana, anda boleh melalui Lebuhraya PLUS dan EXIT di Plaza Tol Bandar Bukit Mahkota yang berharga RM3 dari Plaza Tol Sungai Besi. Seterusnya, anda hanya perlu bergerak lurus sehingga kelihatan bangunan kartun animasi Bangi Wonderland yang terletak bersebelahan dengan Pasaraya CS. Perjalanan mengambil masa kira-kira 35-40 minit dari bandaraya Kuala Lumpur bergantung pada kelancaran trafik.
- Alamat : Jalan Bangi Avenue 1/2, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : +603 8912 8333
Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 11 am – 6 pm
- Hari Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Umum : 10 am – 6 pm
- Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
Peta Ke Bangi Wonderland
Harga Tiket Bangi Wonderland
Terdapat beberapa promosi telah dilancarkan bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli tiket dengan harga lebih murah. Harga promosi hanya terdapat pada waktu tertentu sahaja. Seeloknya anda menyemak terlebih dahulu harga tiket terkini di website Bangi Wonderland untuk maklumat yang lebih terperinci. Bangi Wonderland juga menawarkan pakej 6 bulan unlimited pass dengan harga promosi yang sangat berbaloi. Selain itu, anda juga boleh mengadakan sambutan harijadi di taman tema air ini dengan harga istimewa.
Bayaran Tiket
Harga Tiket Tanpa Promosi
- Dewasa – RM55
- Kanak-kanak – RM45
- Kanak-kanak (< 90cm) – PERCUMA
- Warga Emas – 50% Diskaun
Pakej Sambutan Hari Jadi
- RM58/Seorang
- Free Access Water Park
- Free Party Pack
- Free Ballon Decoration
- Free 2 Games
- Mascot Appearance
Voucher & Promosi Harga Tiket
Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;
Aktiviti Menarik di Bangi Wonderland
Kawasan taman tema air yang luas ini menawarkan 14 permainan utama yang menarik dan menyeronokkan. Ianya bersesuaian bagi semua golongan termasuk kanak-kanak. Antara tarikan yang terdapat di Bangi Wonderland adalah ;
1.Anaconda Trail
Dapatkan tiub anda untuk menunggang di Anaconda Trail. Permainan ini hanyalah gelongsor yang menurun terus tetapi agak mencabar kerana permukaan gelongsor yang bergelombang seperti badan ular.
2. Body Slide
Body Slide sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Tiada tiub yang diperlukan untuk meluncur ke bawah dan perjalanan sentiasa berakhir dengan percikan air yang besar.
3. Boomeriang
Anda akan meluncur ke dalam lubang dari platform yang sangat tinggi, melalui saliran lingkaran, menyelam seperti kapal angkasa ke bahagian bawah dengan inersia yang hebat.
4. Green Pearl
Pengunjung akan meluncur dari platform yang tinggi dan gelongsor yang tinggi ini akan melancarkan dengan kelajuan tinggi yang mengasyikkan.
5. Pirates Bay
6. Pirates Spa
7. Spiralax
Spiralax adalah sebuah gelongsor yang berbentuk lingkaran. Dapatkan tiub dan slaid ke bawah dengan laju bersama keluarga atau rakan anda.
8. The Fall
Meluncur dengan kelajuan tinggi, gelongsor air ini sangat menarik untuk dilakukan. Ia boleh memberikan anda pengalaman yang sangat mendebarkan.
9. Insane Racer
Gelongsor air laju adalah tarikan utama untuk taman air ini.
10. Kids Adventure
11. Magic Funnel
Magic Funnel adalah salah satu permainan yang sangat mendebarkan, di mana pengunjung akan meluncur di terowong curam dengan kelajuan tinggi dan akan berayun ke belakang menuju ke kolam pendaratan.
12. Meander River
Anda boleh mengharungi Meander River dengan perlahan dan menjadi kawasan yang sesuai untuk bermain air dengan tenang. Dapatkan tiub pelampung anda dan harungi sungai buatan ini sambil meluangkan masa bersama orang tersayang.
13. Water Cannon
14. Wonder Loop
Dengan graviti dan pelinciran dari air, pengunjung akan dilepaskan dari puncak dan meluncur secara menegak dari platform yang sangat tinggi hingga ke bahagian bawah.
Kemudahan di Bangi Wonderland
Pelbagai kemudahan disediakan di Bangi Wonderland bagi keselesaan para pengunjung. Antaranya adalah surau yang luas dan bersih, tandas, almari kecil untuk letak barangan berharga, Chillax Cafe, sewaan pelampung, bilik persalinan, dan banyak lagi. Anda juga boleh menyewa cabana untuk tempat rehat yang lebih selesa. Apa yang menarik di sini turut menyediakan Medic Room untuk kegunaan ketika kecemasan. Jadi, lokasi percutian di taman air Bangi Wonderland sangat menarik dan menyeronokkan untuk dikunjungi bersama orang tersayang.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Jengka Wonderland, Pahang
0 Comments