
Mula beroperasi pada 19 Disember 2015, Austin Heights Water & Adventure Park adalah destinasi yang mesti dikunjungi di Johor Bahru dan merupakan salah satu tempat menarik di Johor. Taman tema Austin Heights adalah gabungan daripada Water Park, Adventure Park, dan Sport & Leisure Park yang menawarkan pengalaman musim panas yang paling menarik di Johor Bahru. Rasai pengalaman yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan anda sambil merasakan adrenalin semasa melakukan pelbagai aktiviti yang ekstrem dan mendebarkan.
Untuk pengetahuan anda, Austin Heights Park merupakan sebuah taman edutainment yang terbesar di Malaysia yang kurang dikenali ramai. Aktiviti-aktiviti menarik di sini direka khas untuk semua peringkat umur termasuk golongan kanak-kanak. Jaminan diberikan bahawa anda tidak akan bosan sepanjang berada di taman tema ini kerana terlalu banyak aktiviti yang boleh anda cuba dan terokai.
Cara Menuju Ke Austin Heights Park
Austin Heights Water & Adventure Park terletak di Mt. Kawasan Austin di utara Johor Bahru, kira-kira 11 batu (17 kilometer) di utara lebuh raya yang menghubungkan bandar Johor Bahru ke Singapura. Cara paling mudah untuk ke sini ialah memandu kenderaan sendiri atau menyertai lawatan. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 3-4 jam dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan. Seterusnya susur keluar di Pasir Gudang dan menuju ke Jalan Austin Height 8/1 untuk sampai ke destinasi.
- Alamat : Austin Heights Water & Adventure Park 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 019-7163183
Waktu Operasi
- 10 am – 6 pm (Setiap Hari)

Harga Tiket Austin Heights
Harga tiket di sini berbeza mengikut taman tema. Tiket-tiket boleh dibeli melalui online atau terus di kaunter tiket. Bagi memudahkan urusan dan melancarkan perjalanan anda di Austin Heights Park, anda digalakkan membeli tiket secara dalam talian. Untuk menempah dan menyemak harga tiket, boleh layari website.
Bayaran Tiket
Water Park
- 120 cm Keatas – RM80
- 3 Tahun Kebawah – RM12
- 120 cm Dan Kebawah – RM70
- Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM70
Adventure Park
- 7 Loops With 51 Element – RM80
- Companion Pass – RM12
Jump Street @ Austin Heights
- 1 Hour – RM25
- Grip Socks – RM5
- Companion Pass – RM5
Skating Rink @ Austin Heights
- Per-entry – RM25
- Companion Pass – RM5
- Rental Of Skates – RM5
Drift In Austin
- 10 minit – RM25
Monthly/ Annual Pass
- Premium Splash Pass (Annual) – RM268
- Adventure Park Annual Pass (Annual) – RM268
- Jump Street Pass (Monthly) – RM100
Combo Tickets
- Water Park + Adventure Park – RM150
- Water Park + Adventure Park Annual Pass – RM480
- Adventure Park + Jump Street (60 mins) – RM100
- Water Park (above 120 cm) + Jump Street (60 mins) – RM100
- Water Park (120 cm & below) + Jump Street (60 mins) – RM90
- 2 Pax – Jump Street (60 mins) + Skating Rink (Includes socks, excludes shoes) – RM99
- 2 Pax – Jump Street (60 mins) (Includes Socks) + Drift Kart (10 mins) – RM88
Info & Syarat
- Austin Heights Water & Adventure Park adalah pilihan yang hebat untuk keluarga dan kanak-kanak dari semua peringkat umur.
- Kanak-kanak harus sekurang-kurangnya 4 kaki 7 inci (140 sentimeter tinggi) untuk bermain di Adventure Park, dan sekurang-kurangnya 3 kaki 3 inci tinggi (100 sentimeter tinggi) untuk perlumbaan Drift Go-Kart.
- Jimatkan wang dengan memakai pakaian yang sesuai kerana anda tidak perlu menyewa pakaian. Bawa kasut sukan dan sarung tangan untuk kursus tali di Adventure Park dan stokin yang mencengkam untuk bermaian di Trampolin Street Jump.
- Austin Heights tidak membenarkan makanan dan minuman dari luar, tetapi terdapat pelbagai tempat makan dan semua bebas daging babi.
- Terdapat had berat bagi permainan tertentu.
Aktiviti Menarik di Austin Heights Park
Taman tema Austin Heights terbahagi kepada 3 taman tema yang menawarkan pelbagai permainan dan tarikan menarik.
Water Park
Taman tema air Austin Heights adalah sebuah taman tema yang berkonsepkan tropika eksotik. Terdapat kira-kira 14 permainan dan tarikan yang menarik untuk anda cuba dan terokai. Antara tarikan yang terdapat di Water Park Aunstin Heights adalah Summer Breeze Bar, Tropical Cabana, Groundbreaker Rock Venue, dan Mini Bites Food Cart. Manakala tarikan permainan pula seperti berikut ;
1. “Hola-Flora” TOTs Play

2. Splash World

3. Supersurf

4. Yellow Wall

5. Rainbow Hood

6. G- Force Alley

7. Uphill Battle

8. Racer Bowl

9. Lazy River

10. Austin Wave Pool

Adventure Park
Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh meneroka segala aktiviti yang boleh meningkatkan adrenalin anda di sini. Adventure Park di Austin Heights ini merupakan taman pengembaraan bergantung terpanjang di Malaysia. Selain itu, ia turut menjamin keseronokan maksimum bagi pengunjung dengan 7 laluan kursus yang terdiri daripada 51 jenis halangan / cabaran yang direka khas untuk peserta yang mencari keseronokan.
Antara aktiviti yang ditawar adalah seperti berikut ;
- Zip Line & Super Zip Line
- Tunnel Crossing
- Rope Trapeze
- Jamor Crossing
- Pnotta Bridge
- Pirate Crossing
- Needwood Crossing
- Half Criss Crossing
- half Tic Tac Toe
- Small U



Sport & Leisure Park
Percayalah lokasi percutian Austin Heights Water & Adventure Park adalah pilihan yang tepat untuk anda bergembira dan berseronok. Selain dipenuhi dengan aktiviti adrenalin di Water Park dan Adventure Park, terdapat juga aktiviti sukan dan riadah yang menarik untuk anda iaitu Drift Kart, Indoor Trampoline Centre dan Ice Skating Rink. Drift Kart adalah sistem drift tertutup yang sengaja dibina untuk mencipta keseronokan drift yang maksimum kepada pengunjung.



Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Desaru Coast Adventure Water Park, Johor