Sejak diperkenalkan pada Disember 2009, permainan video Angry Birds telah memperoleh 2.5 bilion muat turun secara global. Ia juga merupakan salah satu permainan yang paling popular dimuat turun sepanjang masa. Kini, Angry Birds telah mempunyai taman temanya sendiri iaitu Angry Birds Activity Park yang terletak di Johor Bahru dan telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Johor

Taman Tema Angry Birds Activity Park merupakan salah satu taman permainan kanak-kanak indoor yang sangat popular di Johor Bahru dan menjadi destinasi yang sesuai untuk berseronok dan meluangkan masa bersama anak-anak. Taman ini adalah Taman Angry Bird yang pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan. Permainan di taman Angry Bird ini direka khas untuk kanak-kanak dan terletak di kawasan yang berhawa dingin.

Cara Menuju Ke Destinasi

Taman tema tertutup ini meliputi 26,000 kaki persegi dan terletak secara strategik di premis KOMTAR JBCC iaitu pusat membeli-belah, tempat makan dan hiburan yang paling utama di Pusat Bandaraya Johor Bahru. Disebabkan itu, taman Angry Birds ini mudah diakses dan menawarkan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan tarikan yang sesuai untuk kanak-kanak.

Jika perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar (EXIT) di Skudai. Kadar tol dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Skudai adalah RM40.50 sehala. Seterusnya ikut Jalan Tun Abdul Razak menuju ke pusat bandar.

  • Alamat : Angry Birds Activity Park Johor Bahru, Level 3, KOMTAR JBCC, Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 07-2669924 /25

Waktu Operasi 

  • Isnin – Khamis : 10 am – 10 pm
  • Jumaat – Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah : Waktu Operasi Terbahagi Kepada 3 Sesi
    • Sesi 1 : 10 am – 1 pm
    • Sesi 2 : 2 pm – 5 pm
    • Sesi 3 : 6 pm – 10 pm

Peta Ke Angry Bird Park

Harga Tiket Angry Birds Activity Park

Tiket taman tema Angry Bird boleh dibeli secara online atau terus di kaunter. Bagi menempah dan menyemak harga tiket secara online, sila klik di sini . Berikut adalah harga tiket kemasukan ke Angry Birds Activity Park ;

Bayaran Tiket

Harga Biasa

  • Single Entry – RM75
  • Annual Pass – RM230
  • Family Pass of 4 Persons – RM280
  • Family Annual Pass – RM850
  • School Groups – RM50/ Student

Harga Mykad/ Mykid

  • Single Entry – RM60
  • Annual Pass – RM180
  • Family Pass of 4 Persons – RM218
  • Family Annual Pass – RM700
  • School Groups – RM50/ Student

Terdapat pelbagai pakej dan promosi menarik yang ditawarkan di Angry Birds Activity Park. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, anda boleh layari website.

Voucher & Promosi Harga Tiket

Untuk menempah dan menyemak harga tiket secara online, anda boleh buat perbandingan di beberapa portal untuk mendapatkan harga tiket paling berpatutan. Antaranya seperti ;

  1. www.klook.com
  2. www.traveloka.com
Angry Birds Activity Park

Syarat & Peraturan

  1. Semua kanak-kanak di bawah 11 tahun mesti dibimbing oleh ibu bapa / penjaga. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mempamer tiket yang sah untuk kemasukan
    • Umur minimum untuk penjaga berusia 15 tahun ke atas
  2. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan warga emas dari 60 tahun ke atas akan menikmati kemasukan percuma. Walau bagaimanapun, bukti yang sah diperlukan
  3. Diwajibkan memakai stokin kaki
  4. Tiket hilang atau dicuri tidak akan diganti
  5. Wristbands tidak boleh dipindah milik
  6. Pihak pengurusan berhak menutup permainan dan tarikan tertentu untuk penyelenggaraan, pembentukan semula
  7. Pembatasan umur fizikal mungkin berlaku untuk permainan dan tarikan tertentu
  8. Tiada makanan dan minuman di luar dibenarkan di taman
  9. Mengunyah gula-gula getah, merokok dan penggunaan dadah / alkohol dilarang sama sekali di taman
  10. Tiada stroller baby atau kenderaan beroda peribadi dibenarkan di taman
  11. Semua pelawat ke Angry Birds Activity Park disarankan berkelakuan dengan cara yang teratur, aman dan selamat pada setiap masa
  12. Pihak pengurusan berhak untuk menolak kemasukan atau mengusir dari premis sesiapa yang gagal mematuhi PERATURAN

Aktiviti Menarik di Angry Birds Activity Park

Tarikan di Angry Birds Activity Park terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Danger Zone, Utopia, Classic, South Beach, Entrance & Counter, Parents Lounge, Reds Jungle Run, Snack Bar Cafe, dan Angry Bird Shop. Setiap bahagian memiliki tarikan dan keseronokan yang tersendiri dan berbeza bersesuaian bagi kanak-kanak. Antara tarikan yang terdapat di taman tema ini adalah ;

1.Danger Zone

  • Laser Bird Scoot
  • Space Drop Air Bag
  • Air Bag Jump
Angry Birds Activity Park
Laser Bird Scoot
Angry Birds Activity Park
Space Drop Air Bag
Angry Birds Activity Park
Air Bag Jump

2. Utopia

  • Air Parkour Track
  • Anti Gravity Trampoline
  • Bird Wire Slack Line
  • Giant Leap Foam Pit
  • Piggy Shooting Gallery
  • Angry Bird Space Mini Stage
  • Lazer Maze Space Ship
  • Spinning Time Machine
Angry Birds Space Mini Stage
Giant Leap Foam Pit
Spinning Time Machine

3. Classic

  • Angry Birds GO! Kart Track
  • Bird Nest Climbing Track
Angry Birds Activity Park
Angry Birds GO! Kart Track
Bird Nest Climbing Track

4. South Beach

  • Angry Birds Video Game
  • Balance Bike Lagoon
  • Captain Black Birds Ship
  • CineMine
  • Red Bird Sona
  • Hollow Trunk
Balance Bike Lagoon
Captain Black Birds Ship
Angry Birds Video Game

5. Red’s Jungle Run

  • Red’s Jungle Run
  • Chuck’s Obstacle Course
  • Big Ending Slide
  • Surfy
Surfy
Chuck’s Obstacle Course
Big Ending Slide

Lokasi percutian ini sangat menarik untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak di samping dapat menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Escape Theme Park, Penang

error: Content is protected !!