Air Terjun Kota Tinggi adalah salah satu kawasan rekreasi dan riadah yang sangat popular di Johor. Lokasi mandi-manda ini akan dipenuhi ramai pengunjung pada setiap hujung minggu dan waktu cuti sekolah untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda bersama keluarga. Kawasan rekreasi air terjun ini juga turut menarik perhatian ramai pelancong asing terutamanya dari Singapura dan telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Johor.

Disebabkan lokasi air terjun ini yang terletak hanya 34 meter dari Gunung Muntahak, panorama hidupan alam semulajadi di sini sangat menakjubkan. Pengunjung berpeluang menikmati suasana hutan yang tenang dan nyaman sambil menghirup udara yang segar.

Air-Terjun-Kota-Tinggi-2

Cara Menuju Ke Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi terletak di kaki Gunung Muntahak iaitu 15 km dari bandar Kota Tinggi dan kira-kira 60 km dari bandar Johor Bahru. Jika perjalanan dari Kuala Lumpur pula, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar di Kulai. Kadar bayaran tol adalah RM38.80 sehala dari Plaza Tol Sungai Besi ke Plaza Tol Kulai. Kemudian, teruskan perjalanan anda menggunakan Jalan Kota Tinggi – Kluang dan ikut Jalan Lombong untuk sampai ke destinasi.

  • Alamat : Air Terjun Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 07-8831004

Waktu Operasi 

  • 8 am – 6 pm (Setiap Hari)
Air-Terjun-Kota-Tinggi-7-1

Harga Tiket Air Terjun Kota Tinggi

Berikut adalah harga tiket semasa kemasukan ke kawasan rekreasi Air Terjun Kota Tinggi ;

Bayaran Tiket

Warganegara

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak (6-11 Tahun) – RM3
  • Kanak-kanak (3-5 Tahun) – RM2
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM3
  • OKU – PERCUMA
  • Parkir Kereta – RM3
  • Parkir Motosikal – RM1
  • Parkir Bas – RM5

Bukan Warganegara 

  • Dewasa – RM15
  • Kanak-kanak – RM10
  • Warga Emas (60 Tahun Keatas) – RM3
  • Parkir Kereta – RM5
  • Parkir Motosikal – RM5

Bagi anda yang ingin menginap pula, Kota Tinggi Waterfall Resort menawarkan bilik yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet. Untuk menempah dan menyemak harga bilik, boleh layari website.

Air-Terjun-Kota-Tinggi-3

Tarikan di Air Terjun Kota Tinggi

Dengan struktur geografinya yang berbatu dan landai, Air Terjun Kota Tinggi sangat menarik dan sesuai dikunjungi oleh semua golongan. Air terjun di sini juga mempunyai kawasan mandi yang bertingkat-tingkat dan kawasan cetek yang sesuai untuk kanak-kanak. Namun, terdapat beberapa kawasan yang tidak dibenarkan untuk aktiviti mandi-manda kerana mempunyai paras kedalaman air yang bahaya. Untuk mengenal pasti kawasan bahaya tersebut, terdapat jaring net yang dipasang di sekitarnya.

Air-Terjun-Kota-Tinggi-4

Selain itu, salah satu syarat yang berbeza dari tempat rekreasi lain adalah pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan sendiri ke dalam kawasan air terjun. Jika lapar, anda hanya boleh membeli makanan di gerai-gerai makanan yang disediakan. Pengawal akan melakukan pemeriksaan sebelum masuk ke dalam kawasan air terjun bagi memastikan tiada makanan luar dibawa oleh pengunjung. Memandangkan makanan dari luar tidak dibenarkan, tahap kebersihan di kawasan Air terjun Kota Tinggi sangat memuaskan dan terpelihara.

Air-Terjun-Kota-Tinggi-10

Di sini juga dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gelongsor air bagi menambah keceriaan dan keseronokan para pengunjung terutama golongan kanak-kanak. Perkhidmatan sewaan pelampung turut disediakan di pondok berdekatan. Bagi mengelakkan terjadinya sesuatu perkara yang tak diingini berlaku, anda disarankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Air-Terjun-Kota-Tinggi-5
Air-Terjun-Kota-Tinggi-6

Selain aktiviti mandi-manda, Air Terjun Kota Tinggi ini juga tempat hebat bagi pencinta alam yang ingin memerhatikan burung dan pelbagai spesies serangga di kawasan sekitar. Di sini juga menyediakan tempat penginapan bagi anda yang ingin meluangkan lebih banyak masa beriadah bersama keluarga.

Air-Terjun-Kota-Tinggi-8

Dengan memiliki permandangan alam semulajadi yang menghijau serta air terjun yang jernih dan sejuk, Air Terjun Kota Tinggi merupakan salah satu lokasi percutian yang mesti anda kunjungi. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Taman Buaya Teluk Sengat, Johor