Jeram Pasu merupakan salah satu lokasi eko-pelancongan hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Menurut masyarakat setempat, lokasi ini juga merupakan kawasan rekreasi air terjun yang terawal dibangunkan di Kelantan terutamanya di daerah Pasir Puteh. Tempat ini turut tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.

ISI KANDUNGAN (Klik Untuk Terus Baca)

Cara Menuju Ke Destinasi

Jeram Pasu boleh diakses melalui jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki kereta persendirian, bas, dan teksi. Ia terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh – Kota Bharu dan seterusnya melalui Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (Perempuan) sebelum sampai ke destinasi.

  • Alamat : Jeram Pasu, Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 09-786 6011

Waktu Operasi 

  • 7 am – 7 pm (Setiap Hari)

jeram-pasu-4

Aktiviti Menarik di Jeram Pasu

Permandangan di kawasan persekitaran hutan lipur ini agak menarik dan mendamaikan. Aliran air sungai yang sejuk dan tenang pasti memberikan keterujaan kepada setiap pengunjung yang datang. Landskap semulajadinya yang unik menjadikan ia sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda.

jeram-pasu-2

Kawasan mandi di Jeram Pasu terbahagi kepada beberapa kolam utama yang juga bersesuaian untuk semua golongan. Apa yang menarik, kawasan rekreasi ini mempunyai sebuah gelongsor air yang agak panjang dan pasti akan meningkatkan tahap adrenalin setiap pengunjung yang mencubanya. Selain itu juga, terdapat sebuah gelongsor kecil yang mesra kanak-kanak untuk mereka merasai keseronokkan yang maksima.

Kelengkapan dan kemudahan asas turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung antaranya seperti ;

  1. Kawasan parkir yang luas
  2. Gerai makanan
  3. Surau
  4. Tandas
  5. Bilik persalinan
  6. Wakaf rehat
  7. Tempat BBQ

Suasana yang redup dikelilingi tumbuhan hutan yang rimbun sememangnya akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada setiap pengunjung. Sambil menghirup udara segar, anda berpeluang menikmati panorama flora dan fauna yang semulajadi. Destinasi ini menjadi salah satu lokasi percutian yang mesti dikunjungi bersama ahli keluarga dan orang tersayang. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Lata Hujan, Kelantan

error: Content is protected !!