Selain dari Hutan Lipur Lata Hujan yang terletak di Kampung Gual Ipoh, Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih juga merupakan salah satu kawasan rekreasi yang menarik di jajahan Tanah Merah. Kawasan air terjun yang bersih dan cantik ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan sebagai lokasi riadah dan bersantai bersama keluarga. Pada dahulunya kawasan rekreasi ini dikenali sebagai Air Terjun Telaga Bijih.

Lazimnya, lokasi perkelahan ini sering mendapat kunjungan para pelancong pada setiap hari. Namun, jumlah pengunjung semakin meningkat ketika cuti hujung minggu, musim cuti sekolah dan cuti umum. Walaupun Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih kelihatan agak biasa, tetapi permandangan alam semulajadinya yang indah serta memiliki udara yang segar dan nyaman mampu memberikan ketenangan kepada setiap pengunjung. Destinasi ini juga sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

Cara Menuju Ke Destinasi

Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih ini terletak di kawasan yang agak terpencil iaitu di Kampung Lawang. Walaupun terletak di kawasan yang terpencil iaitu 24 km dari bandar Tanah Merah, suasana air terjun di sini menjanjikan suatu permandangan yang menarik dan aktiviti yang menyeronokkan. Pengunjung yang ingin ke sini perlu melalui Jalan Persekutuan ke Jeli dan apabila tiba di Kampung Gajah, pengunjung hendaklah belok ke sebelah kiri menuju ke Kampung Lawang. Teruskan perjalanan untuk sampai ke destinasi.

  • Alamat : Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih, 17500, Tanah Merah, Kelantan
  • Google Maps : KLIK

Waktu Operasi 

  • 7 am – 6 pm (Setiap Hari)

Harga Tiket Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih

Berbeza dengan kawasan rekreasi yang lain, kebersihan Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih sangat memuaskan. Dengan segala kemudahan dan kelengkapan yang disediakan, Air Terjun Lata Bijih telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi. Bayaran untuk masuk ke kawasan ini juga sangat berpatutan.

Bayaran Tiket

  • RM3/ Seorang

Tarikan di Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih

Seperti di lata dan jeram yang lain, Air Terjun Lata Bijih menawarkan tempat mandi-manda yang menarik dan menyegarkan. Ini kerana keadaan air di sini sangat sejuk dan jernih. Ia pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada setiap pengunjung.

Lata-Bijih-4
Lata-Bijih-3

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi keselesaan para pengunjung. Antaranya adalah kerusi rehat, wakaf rehat, tempat parkir kenderaan, surau, kolam mandi kanak-kanak, air pancur, warung makan, dan beberapa permainan air yang menarik untuk kanak-kanak. Lokasi percutian ini juga sangat terkenal sebagai tempat perkelahan dan perkhemahan badan-badan beruniform kerana keadaan lokasinya yang agak luas dan lapang serta memiliki suasana rimba yang semulajadi.

Lata-Bijih-2
Lata-Bijih-1

Aliran air di jeram ini agak sederhana, namun terdapat beberapa kolam mandi yang terletak di bahagian bawah air terjun. Bagi golongan remaja, mereka lebih gemar mendaki dan mandi-manda di kawasan jeram yang memliki air yang lebih deras. Untuk golongan yang berkeluarga pula, kawasan bahagian bawah jeram adalah tempat yang sesuai untuk beriadah dan lebih selamat. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Chalet Orang Asli Pos Gob Gua Musang, Kelantan

error: Content is protected !!