
A’ Famosa Water Theme Park atau A’ Famosa Water World adalah sebuah taman tema air berkeluasan 20 ekar yang terletak di dalam kawasan A’Famosa Resort. Taman tema yang berorientasikan keluarga ini sangat popular dan sering menerima kunjungan dari pelancong tempatan dan Singapura disebabkan lokasinya yang terletak agak strategik dan tidak jauh dari pusat bandar.
A’ Famosa Water Theme Park ini adalah salah satu tarikan paling menarik di Melaka dan merupakan satu-satunya taman air di bahagian selatan Semenanjung Malaysia yang mempunyai dua bahagian iaitu Water World dan 150 ekar Animal World Safari. Selain itu, taman tema ini juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi.
Cara Menuju Ke A’ Famosa Water Theme Park
Sebahagian besar kawasan taman tema diliputi tumbuhan tropika yang subur dan secara tidak langsung memberikan udara yang segar dan pemandangan yang indah kepada setiap pengunjung. A’ Famosa Water Theme Park ini terletak di Alor Gajah kira-kira 30 minit dari bandar Melaka dan satu jam dari Kuala Lumpur.
Untuk perjalanan ke A’ Famosa Water Theme Park dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan susur keluar di EXIT 227 Simpang Ampat. Kadar bayaran tol dari Plaza tol Sungai Besi ke Plaza tol Simpang Ampat adalah RM12.80 sehala.
- Alamat : Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
- Google Maps : KLIK
- Hubungi : 06-5520888
Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 11 am – 7 pm
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Umum : 9 am – 7 pm
- Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum

Harga Tiket A’ Famosa Water Theme Park
Harga tiket kemasukan ke taman tema air ini boleh diklasifikasikan harga yang mampu milik dan berbaloi berbanding taman tema air yang lain kerana ia menawarkan harga yang berpatutan. Tiket masuk boleh dibeli secara online atau terus di kaunter tiket. Untuk menempah tiket atau ingin mengetahui pakej-pakej yang ditawarkan, sila klik di sini.
Bayaran Tiket
Water Park
- Dewasa – RM33
- Kanak-kanak – RM29
Sewa Locker
- Locker Kecil – RM6
- Locker Besar – RM18
Sewa Tiub
- Double Tube – RM15 (Sewa) + RM15 (Deposit)
- Single Tube – RM10 (Sewa) + RM10 (Deposit)
Sewa Cabana
- Isnin – Jumaat : RM95 (Sewa) + RM50 (Deposit)
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Umum : RM160 (Sewa) + RM50 (Deposit)

Syarat & Peraturan
- Semua pengunjung dikehendaki mematuhi kod pakaian yang dipaparkan di kolam renang dan slaid air.
- Sila patuhi semua arahan yang diberikan oleh lifeguards / atendan atau mana-mana kakitangan yang diberi kuasa untuk keselamatan anda sendiri.
- Pengunjung mesti mandi sebelum memasuki kolam renang & slaid air.
- Pengunjung yang terkena jangkitan atau penyakit berjangkit tidak boleh menggunakan gelangsar kolam dan air.
- Pengunjung di bawah pengaruh minuman keras atau ubat-ubatan terlarang tidak dibenarkan menggunakan kolam renang dan air.
- Wanita hamil dan pengunjung yang mempunyai masalah jantung atau masalah hitam tidak boleh menggunakan slaid.
- Merokok, makanan dan bekas makanan perlu 3 meter dari tepi kolam dan kawasan slaid air.
- Berlari, terjun dan bermain kasar tidak dibenarkan.
- Kanak-kanak di bawah 12 tahun mesti diiringi oleh orang dewasa berusia 18 tahun ke atas.
- Kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas tidak dibenarkan masuk ke Bilik Persalinan Wanita.
- Tetamu tidak boleh marah dengan peralatan atau jentera yang sesuai dengan apa-apa jenis berkaitan dengan atau di kawasan Taman Tema atau kemudahan tambahan (sokongan) yang lain.
- Tetamu dinasihatkan supaya meninggalkan kolam semasa ribut petir atau kegagalan elektrik dan hendaklah berbuat demikian jika diminta oleh lifeguard / atendan atau mana-mana kakitangan yang diberi kuasa.
- Topeng muka, flippers dan produk Styrofoam tidak dibenarkan di kolam renang.
- Pengurusan berhak untuk menyekat atau mengusir mana-mana orang yang melanggar peraturan & peraturan A’Famosa Water Theme Park.
- Sekiranya berlaku ribut petir yang berterusan di mana untuk tujuan keselamatan, semua kemudahan taman tidak boleh dikendalikan, tiada bayaran balik apa-apa yang dibenarkan.
- Pengurusan Taman Tema Air A’Famosa tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan, kecelakaan atau kerugian / kerosakan apapun yang timbul daripada penggunaan kemudahannya (termasuk kecuaian kakitangan) di premis taman atau kawasan sekitarnya.
Aktiviti Menarik di A’ Famosa Water Theme Park
Sekiranya anda mahukan keseronokan G-force, anda perlu menuju ke Sunway Lagoon theme park atau Berjaya Times Square theme park. Terdapat kira-kira 11 tarikan permainan air yang menarik yang terbahagi kepada beberapa kawasan bertema. Antara tarikan lain yang terdapat di taman tema ini adalah seperti berikut ;
1. Kids Adventure Pool
Kolam pengembaraan kanak-kanak ini dilengkapi gelongsor mini, water spray, dan taman permainan air yang sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak.

2. Family Raft

3. Wave Pool
Kemaskan pakaian renang anda dan nikmati deruan ombak dari pantai buatan yang menarik.

4. Sandy Beach

5. Lazy River
Untuk aktiviti yang kurang lasak dan memenatkan, anda boleh berehat dengan menaiki tiub di Lazy River.

6. Big Ice Cream
Salah satu ICE CREAM tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, panjang diameter 18.3 meter dan panjang keseluruhan Ice Cream adalah 108 meter.

7. Wa Ha Ha
Anda perlu menaiki tiub dan menunggu sehingga ombak tsunami yang besar dilepaskan untuk menolak anda dengan laju.

8. Hula Hula
Adakah anda cukup berani untuk mencuba slaid ini? Ia merupakan gelongsor air yang curam dan mampu meningkatkan tahap adrenalin setiap peserta.

9. Inner Tube
Terdapat dua slaid tertutup yang memberi pengalaman kepada para pengunjung meluncur dalam suasana kegelapan.

10. High Speed Ride
Gelongsor air yang berketinggian tujuh tingkat ini adalah tarikan yang paling mencabar dan mendebarkan.

11. Arabian Village
Rasai perbezaanya. Nikmati keseronokan dan ketawa bersama dengan anak-anak anda di taman permainan air bertema Arab ini.

Selain itu, di sini juga turut menyediakan kemudahan dan kelengkapan untuk keselesaan para pengunjung. Antaranya seperti ;
- Side Walk Cafe
- Fast Food Pavillion
- Food Court
- Bistro
- Kedai Swim Wear & Souvenir
- Bilik Persalinan
- Surau
- Kerusi Roda (Wheel Chair)
- Hotel A’ Famosa Resort
LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : Angry Birds Activity Park, Johor