99 Wonderland Park adalah sebuah taman rekreasi terbaru di Kuala Lumpur khususnya di kawasan Selayang dan Batu Cave. Taman rekreasi yang berkeluasan 23 ekar ini mula dibina pada tahun 2015 oleh pemaju hartanah terkenal di Malaysia iaitu JL99 Group. Pada asalnya kawasan ini adalah kolam pembentungan sebelum diubahsuai menjadi sebuah taman rekreasi yang unik dan menarik.

Lokasi percutian ini juga adalah sebuah taman rekreasi pertama di KL yang menampilkan dekorasi dan hiasan lampu LED, pameran haiwan-haiwan dan burung-burung yang rare di samping landskap yang indah. Landskap dan suasana di dalam taman ini membolehkan para pengunjung untuk berehat dengan tenang serta lari dari kesibukan kotaraya.

Cara Menuju Ke Destinasi

Taman rekreasi ini terletak di dalam kawasan Batu Cave dan hanya beberapa minit sahaja dari Pasar Borong Selayang. Lokasinya agak strategik dan mudah untuk diakses sama ada dengan menaiki kereta atau kenderaan awam. Anda boleh meletak kenderaan anda berhampiran taman atau meletak di kawasan tempat letak kereta yang ditetapkan.

  • Alamat : 99 WONDERLAND PARK, Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100, Kuala Lumpur
  • Google Maps : KLIK
  • Hubungi : 6012-9955399

Waktu Operasi 

Isnin – Khamis
  Sesi Petang : 5 pm – 11 pm
Jumaat
  Sesi Petang : 5 pm – 12 am
Sabtu
  Sesi Pagi : 9 am – 4 pm
  Sesi Petang : 5 pm – 12 am
Ahad
  Sesi Pagi : 9 am – 4 pm
  Sesi Petang : 5 pm – 11 pm
Cuti Umum
  Sesi Pagi : 9am – 4pm
  Sesi Petang : 5 pm – 12 am
Cuti Sekolah
 Sesi Petang : 5 pm – 12 am

Peta Ke 99 Wonderland Park

99 Wonderland Park
i love KL
99 Wonderland Park

Harga Tiket 99 Wonderland Park

Tiket kemasukan boleh dibeli melalui online di portal rasmi 99 Wonderland Park atau beli terus di kaunter tiket. Bagi memudahkan urusan dan melancarkan perjalanan anda di sini, anda digalakkan membeli tiket secara dalam talian. Tiket online hanya boleh dibeli sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh lawatan atau anda boleh Walk-in ke taman kami dan membeli tiket di kaunter tiket semasa waktu operasi taman. Untuk melihat pakej promosi yang ditawarkan atau menyemak harga tiket, anda boleh klik di sini.

Bayaran Tiket

Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (Sesi Pagi)

  • Dewasa (Mykad) – RM45
  • Kanak-kanak, OKU, & Warga Emas (Mykad) – RM25
  • Dewasa (Non-Mykad) – RM70
  • Kanak-kanak, OKU, & Warga Emas (Non-Mykad) – RM40

Isnin – Khamis (Sesi Petang)

  • Dewasa (Mykad) – RM45
  • Kanak-kanak, OKU, & Warga Emas (Mykad) – RM25
  • Dewasa (Non-Mykad) – RM70
  • Kanak-kanak, OKU, & Warga Emas (Non-Mykad) – RM40

Jumaat – Ahad, Cuti Umum, & Cuti Sekolah (Sesi Petang)

  • Dewasa (Mykad) – RM55
  • Kanak-kanak, OKU, & Warga Emas (Mykad) – RM30
  • Dewasa (Non-Mykad) – RM80
  • Kanak-kanak, OKU, & Warga Emas (Non-Mykad) – RM50

Voucher & Promosi Harga Tiket

Terdapat beberapa portal dan website yang menawarkan harga promosi bagi tiket kemasukan ke pusat rekreasi ini. Anda boleh menyemak terlebih dahulu dan membuat perbandingan harga tiket bagi mendapatkan harga yang terendah dan berpatutan. Bandingkan harga tiket di sini ; 

  1. travelog.com
  2. www.klook.com
99 Wonderland Park
99 dinosour park

Aktiviti Menarik di 99 Wonderland Park

Taman rekreasi ini mengamalkan konsep “terbuka” yang mana para pengunjung berpeluang untuk berinteraksi secara dekat dengan burung-burung dan haiwan-haiwan seperti angsa, penyu, burung unta, merak, rusa, burung nuri, monyet kecil, arnab, burung kuang, flamingo, dan sebagainya. Antara tarikan lain yang menarik di 99 Wonderland Park adalah seperti ;

  1. 99 Dinosaur Park
  2. Magical Bridge
  3. Broadwalk
  4. Taman Burung
  5. 99 Buaya Tembaga
  6. 99 Malayan Tapir
  7. 99 Malayan Sun Bear
  8. 99 Monster Fish
  9. Peacock House
  10. Duck Lagoon
  11. Deer Yard
  12. Ladang Burung Unta
  13. Bird Square
  14. 2 Colourful Water Fountains
  15. 12 Zodiac Walkway
  16. Snake House
  17. Sky Fountain with Koi Fish
  18. 99 Jetty & 99 Cruise
99 wild island
99 monster fish
Panda street

Beberapa kemudahan juga turut disediakan bagi keselesaan para pengunjung antaranya seperti ;

  • Kaunter Tiket
  • Surau
  • Tandas
  • Tandas OKU
  • Laluan Khas OKU
  • Parkir
99 malayan tapir

Lokasi percutian 99 Wonderland Park ini sangat menarik untuk dikunjungi dan menjadi destinasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Rancang perjalanan anda bagi menikmati percutian yang menggembirakan.

LOKASI PERCUTIAN SETERUSNYA : SplashMania Waterpark Gamuda Cove, Selangor

error: Content is protected !!